Kesan pinggir hutan terhadap pemangsaan sarang burung tiruan di Sabah, Malaysia
Kajian ini telah dijalankan dari bulan Oktober 2014 hingga bulan Mac 2015 untuk mengkaji kesan pinggir hutan terhadap pemangsaan sarang burung tiruan di Sabah, Malaysia. Telur burung puyuh dan telur plastisin telah digunakan dalam kajian ini. Objektif kajian adalah (1) untuk menentukan kadar pema...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17497/1/Kesan%20pinggir%20hutan%20terhadap%20pemangsaan.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17497/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini telah dijalankan dari bulan Oktober 2014 hingga bulan Mac 2015 untuk
mengkaji kesan pinggir hutan terhadap pemangsaan sarang burung tiruan di Sabah,
Malaysia. Telur burung puyuh dan telur plastisin telah digunakan dalam kajian ini.
Objektif kajian adalah (1) untuk menentukan kadar pemangsaan sa rang burung dart
pinggir hutan hingga ke bahagian dalaman hutan, (2) mengenalpasti pemangsa
sarang burung yang terdapat pada pinggir hutan dan bahagian dalaman hutan, dan
(3) menentukan perkaitan di antara struktur habitat mikro dan kadar pemangsaan
terhadap sarang burung juga ditentukan. Kajian ini telah mencatatkan kejayaan
pemangsaan terhadap sarang burung sebanyak 18.2 peratus dalam sembilan hart
dan enam malam bagi persampelan keseluruhan yang dijalankan. Peristiwa
pemangsaan terhadap telur burung puyuh adalah 14.1 peratus manakala
pemangsaan terhadap telur plastisin adalah 4.1 peratus. Kadar pemangsaan
terhadap sarang burung adalah lebih tinggi pada pinggir hutan berbanding dengan
bahagian dalaman hutan kerana dipengaruhi kesan pinggir hutan. Kajian ini juga
terdapat corak yang berlainan dalam kadar pemangsaan terhadap sarang burung dart
pinggir hutan hingga bahagian dalaman hutan di kawasan kajian yang berbeza.
Penggunaan jenis telur yang berbeza iaitu telur burung puyuh atau telur plastisin
dalam sarang burung adalah mempengaruhi kadar pemangsaan terhadap sarang
burung. Kumpulan rodensia merupakan pemangsa utama dikenal pasti di kawasan
kajian iaitu berdasarkan kesan gigitan daripada telur plastisin yang telah dimangsa.
Litupan ranting, litupan rumput dan litupan tanah terdedah merupakan antara
struktur habitat mikro yang dapat dilihat perbezaan di antara tiga kawasan kajian.
Keputusan kajian juga memaparkan Iitupan sarap yang kurang dan lapisan kanopi
yang kurang tebal serta taburan ranting yang kurang pada pinggir hutan telah
mengundang kepada kadar pemangsaan terhadap sarang burung yang tinggi
berbanding bahagian dalaman hutan. Tanah terdedah yang luas, litupan belukar
yang tinggi dan litupan pokok rendah yang banyak pada pinggir hutan juga
mempengaruhi kekerapan peristiwa pemangsaan berlaku. Hasil kajian akan
mendapat corak yang lebih menarik dan jelas jika tempoh masa kajian dipanjangkan.
Kaedah pemasangan perangkap kamera dalam penentuan jenis pemangsa yang
hadir pada sarang burung boleh dipertimbangkan untuk kajian di masa hadapan. |
---|