Unsur berahi dalam pantun kasih sayang Melayu Brunei di Sabah

Suku kaum Melayu Brunei telah menetap di sepanjang persisiran Pantai Barat Sabah sejak dari zaman awal Kesultanan Melayu Brunei lagi. Seperti suku kaum Melayu lain di Nusantara, berpantun ialah sebahagian daripada budaya mereka yang istimewa sejak dari dahulu hinggalah sekarang. Dalam kerja lapangan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Low, Kok On
Format: Article
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18502/1/Unsur%20Berahi%20dalam%20Pantun%20Kasih%20Sayang%20Melayu%20Brunei%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18502/7/DEVELOPMENT%20AND%20VALIDATION.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18502/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Suku kaum Melayu Brunei telah menetap di sepanjang persisiran Pantai Barat Sabah sejak dari zaman awal Kesultanan Melayu Brunei lagi. Seperti suku kaum Melayu lain di Nusantara, berpantun ialah sebahagian daripada budaya mereka yang istimewa sejak dari dahulu hinggalah sekarang. Dalam kerja lapangan yang telah dijalankan di beberapa buah kampung Melayu Brunei di sekitar pantai barat Sabah, sejumlah pantun yang bertemakan cinta dan kasih sayang telah dirakamkan, ditranskripsi dan didokumentasi. Pantun kasih sayang yang terkumpul ini, antaranya menonjolkan unsur-unsur rasa rindu, jatuh hati, naik berahi dan hajat di hati untuk merisik dan meminang. Selain mendokumentasi sejumlah pantun yang bertemakan cinta dan kasih sayang, tumpuan kupasan dalam makalah ini adalah terhadap unsur “berahi” yang terbayang dalam pantun kasih sayang orang Melayu Brunei. Selain itu, perbandingan terhadap pantun cinta Melayu Brunei di Sabah dengan pantun cinta Melayu dan Peranakan Tionghua terpilih juga akan dilakukan. Menerusi kupasan sedemikian, keistimewaan perasaan cinta dan berahi dalam budaya suku kaum Melayu Brunei di Sabah akan tertonjol kepada pembaca. Kata kunci: Melayu Brunei, pantun cinta, kasih sayang, unsur berahi