Hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru di sekolah menengah
Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan kecerdasan emosi, kepuasan kerja, dan komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah menengah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk tinjauan. Seramai 310 orang guru yang mengajar sepenuh masa di 19...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19296/1/Hubungan%20antara%20kecerdasan%20emosi.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19296/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan kecerdasan emosi, kepuasan kerja,
dan komitmen organisasi dalam kalangan guru sekolah menengah sekitar
Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka
bentuk tinjauan. Seramai 310 orang guru yang mengajar sepenuh masa di 19 buah
sekolah menengah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah telah dijadikan subjek
kajian. Alat kajian Emotional Competence Inventory (ECI) telah digunakan untuk
mengukur kecerdasan emosi, alat kajian Job Satisfaction Survey (JSS) untuk
mengukur kepuasan kerja dan alat kajian Organizational Commitment Scale (OCS)
untuk mengukur komitmen organisasl guru. Data yang diperolehi telah dianalisis
menggunakan ujian statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan, peratusan,
min dan sisihan piawai. Sementara analisis inferensi pula melibatkan korelasi
Pearson, Ujian-t sampel bebas, ANOVA sehala sampel bebas dan Regresi hirarki.
Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara
kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan komitmen organisasi guru. Bagi analisis
Ujian-t sampel bebas pula, hanya perbezaan komitmen guru berdasarkan jantina
yang menunjukkan perbezaan yang signifikan. Seterusnya, bagi analisis ANOVA
sehala menunjukkan terdapat perbezaan kecerdasan emosi, kepuasan kerja dan
komitmen organisasi berdasarkan kategori umur guru. Walau bagaimanapun,
analisis regresil hirarki menunjukkan kecerdasan emosi tidak bertindak sebagai
moderator dalam kajian ini. Dapatan kajian ini diharap dapat mencadangkan
alternatif penyelesaian dalam membentuk pasukan kerja pendidikan yang dapat
memenuhl aspirasl kerajaan dan masyarakat, dan menjadi asas perbincangan di
antara pegawai pendidikan dengan pihak yang berwajib mengenai terma-terma
perkhidmatan dalam mencapai matlamat bersama, selain dapat memberi manfaat
secara langsung kepada orang ramai yang menjadi pelanggan kepada
perkhidmatan pendidikan kerajaan. Seterusnya dapatan kajian ini akan menambah
koleksi sorotan karya dalam bidang ini. |
---|