Sedimentologi formasi sedimen neogen dan potensi sumber batu arang di kawasan Silimpopon, Tawau, Sabah
Kawasan kajian yang terletak di bahagian selatan Sabah terdiri dari dua unit batuan iaitu Formasi Kalabakan yang lebih tua dan Formasi Kapilit yang lebih muda. Keduadua unit batuan ini mempunyai hubungan yang tidak selaras. Formasi Kalabakan yang dianggarkan berusia Lewat Oligosen Akhir hingga Aw...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19701/1/Sedimentologi%20formasi%20sedimen.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19701/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English |
Summary: | Kawasan kajian yang terletak di bahagian selatan Sabah terdiri dari dua unit batuan
iaitu Formasi Kalabakan yang lebih tua dan Formasi Kapilit yang lebih muda. Keduadua
unit batuan ini mempunyai hubungan yang tidak selaras. Formasi Kalabakan
yang dianggarkan berusia Lewat Oligosen Akhir hingga Awal Miosen Tengah
ditafsirkan terenap di sekitaran /aut dalam oleh arus turbidit. Formasi ini hanya
mengandungi satu unit jujukan yang dicirikan oleh litofasies berargilit yang agak
tericih. la didominasi oleh fasies batu lumpur dengan lapisan batu pasir nipis.
Ketebalan unit ini dianggarkan berjumlah 1500 meter. Formasi Kapilit yang
dianggarkan berusia Awal Miosen Tengah hingga Awal Miosen Akhir ditafsirkan
terenap di sekitaran nuvio-delta yang didominasi oleh ombak. Formasi ini
dibahagikan kapada tiga unit jujukan stratigrafi iaitu Unit I, Unit II dan Unit III. Unit I
yang dianggarkan mempunyai ketebalan 1515 meter didominasi oleh litofasies
berargilit. la terdiri daripada selang lapis batu lumpur yang dominan dengan batu
pasir berlapisan silang. Kehadiran litofasies berarenit yang agak ketara di bahagian
atas jujukannya mengambarkan berlaku perubahan mega jujukan mengkasar ke
atas. Unit ini telah ditafsirkan terenap di sekitaran prodelta hingga ke dataran detla.
Unit II yang dianggarkan mempunyai ketebalan 1010 meter juga menunjukan
litofasies, perubahan menegak jujukan dan sekiratan pengendapan yang hampir
sam a dengan batuan Unit I. Unit ini mengandungi fasies batu arang dan fasies batu
lumpur berkarbon di bahagian atas jujukannya. Unit III dianggarkan mempunyai
ketebalan 505 meter dicirikan litofasies berarenit dan berudit. Batuannya terdiri
daripada selang lapis batu pasir kasar, konglomerat polimik dan sedikit batu lumpur.
Unit ini ditafsirkan terenap di sekitaran nuvial.
Lapisan batu arang yang tebal telah dijumpai di bahagian atas jujukan Unit II.
Lapisan yang mempunyai ketebalan antara 0.3 hingga 1.0 meter ini tertabur secara
lateral dengan menipis ke arah selatan, baratlaut dan tenggara. Batu arang yang
mempunyai peratus kandungan organik keseluruhan (TOC) antara 69.66% - 71.32%
dan bahan meruap antara 44.16% - 48.32% telah dikelaskan sebagai sub-bitumin
bermeruapan tinggi. Analisis kuantitif menunjukkan punca kerogen dalam batu arang
telah ditentukan sebagai jenis huminit yang berasal dari tumbuhan peringkat tinggi
dengan campuran sedikit sapropelit iaitu humus daratan. Kerogen ini merupakan
kerogen tidak matang dengan 95% bolehubah. Simpanan batu arang yang telah
dianggar adalah sebanyak 14 juta tan |
---|