Sudawil : analisis dari aspek makna
Sudawil adalah puisi lisan Kadazandusun yang semakin dilupakan. Untuk mengelak sudawil lenyap daripada ingatan pendukungnya, maka kajian ini dilakukan untuk meneliti makna sudawil daripada dimensi linguistik dan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan melalui aspek makna denotatif, konota...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19743/1/Sudawil.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19743/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English |
Summary: | Sudawil adalah puisi lisan Kadazandusun yang semakin dilupakan. Untuk mengelak
sudawil lenyap daripada ingatan pendukungnya, maka kajian ini dilakukan untuk
meneliti makna sudawil daripada dimensi linguistik dan budaya masyarakat
Kadazandusun yang ditonjolkan melalui aspek makna denotatif, konotatif dan
fungsi kohesi. Dengan mengaplikasikan pendekatan Teori Analisis Komponen
Makna oleh Katz (1972) elemen-elemen sinonim, metafora dan kohesi telah
membuktikan bahawa sudawil mampu mengungkap makna yang luas.
Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian,
temu bual dan rujukan pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini berhasil
mengungkap tiga tafsiran makna. Pertama, wujudnya padanan makna perkataanperkataan
tertentu dalam ungkapan sudawil. Kedua, penggunaan unsur metafora
mampu mewujudkan pelbagai makna untuk mengekalkan interaksi sosial
berlandaskan adat dan budaya masyarakat penggunanya. Ketiga, unsur kohesi no
mempengaruhi ungkapan wacana bermakna kerana ia memberi penegasan
maklumat dengan berkesan. Kombinasi ketiga-tiga elemen tersebut telah
membuktikan bahawa sudawil merupakan tradisi lisan yang menyimpan nilai dan
norma kehidupan masyarakatnya dan sudawil seharusnya dipertahankan oleh
generasi muda sebagai tradisi hidup yang masih bersesuaian pada zaman moden. |
---|