Kesan penggunaan kaedah permainan, buku nombor dan lembaran kerja terhadap pencapaian awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah kebangsaan
Menyediakan kanak-kanak untuk pendidikan awal Matematik mendapat banyak perhatian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Banyak faktor yang telah dikenal pasti dalam usaha untuk menentukan apa yang memberi kesan kepada pencapaian awal Matematik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19750/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19750/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19750/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Menyediakan kanak-kanak untuk pendidikan awal Matematik mendapat banyak
perhatian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Banyak faktor yang telah
dikenal pasti dalam usaha untuk menentukan apa yang memberi kesan kepada
pencapaian awal Matematik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
pencapaian awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah kebangsaan di
daerah Tuaran, Sabah, mengenal pasti dan membandingkan kesan tiga kaedah
mengajar (permainan, buku nombor dan lembaran kerja), kesan pembolehubah-pembolehubah
tidak bersandar (jenis prasekolah, tempoh di prasekolah dan
jantina) dan kesan interaksi antara kaedah mengajar dan pembolehubah tidak
bersandar terhadap pencapaian awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada kaedah
mengajar merupakan faktor pencapaian awal Matematik dalam aras pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian
Pencapaian Awal Matematik (UPAM) yang telah diadaptasi daripada Ginsburg dan
Baroody (2003) berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010.
Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen multi lokasi yang melibatkan
seramai 1108 orang kanak-kanak prasekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah.
Responden kajian melibatkan kanak-kanak prasekolah yang berumur 4+ dan 5+.
Seramai 382 orang kanak-kanak mengikuti kaedah permainan, 349 orang kanak-kanak
mengikuti kaedah buku nombor dan 377 orang kanak-kanak mengikuti
kaedah lembaran kerja. Kanak-kanak prasekolah menduduki ujian pra, diikuti
dengan program intervensi selama 13 minggu dan diakhiri dengan ujian pasca. Bagi
tujuan analisis data, statistik deskriptif dan statistik inferen (ujian-t bebas, ANOVA
satu hala, ANOVA dua hala pengukuran berulangan, ANCOVA dan MANCOVA)
menggunakan SPSS versi-21 dengan mengambil kira markah ujian pra sebagai
kovariat digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian awal Matematik
berada pada tahap purata dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
pencapaian awal Matematik kanak-kanak mengikut jantina dan jenis prasekolah.
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian awal
Matematik kanak-kanak berdasarkan tempoh di prasekolah. Dapatan kajian juga
menunjukkan terdapat perbezaan min markah yang signifikan dalam pencapaian
awal Matematik mengikut kaedah mengajar yang berbeza. Keputusan daripada
ANOVA dua hala pengukuran berulangan menunjukkan bahawa perbezaan min
markah mengikut kaedah mengajar bergantung kepada tempoh di prasekolah.
Tempoh di prasekolah adalah faktor yang boleh memberi kesan terhadap
pencapaian awal Matematik. Kajian masa depan yang lebih mendalam tentang
peranan jantina dan jenis prasekolah terhadap pencapaian awal Matematik
diperlukan untuk menjelaskan dapatan yang tidak meyakinkan daripada kajian-kajian
lepas. Dengan menggunakan analisis MANCOVA, kajian ini juga mendapati
bahawa kaedah mengajar yang digunakan merupakan faktor dalam mengubah
pencapaian awal Matematik pad a aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.
Secara keseluruhannya, penggunaan kaedah permainan menyumbang secara
signifikan terhadap pencapaian awal Matematik berbanding dengan kaedah buku
nombor dan lembaran kerja. |
---|