Pengaruh aspek konteks, input dan proses terhadap pencapaian pentaksiran kerja amali Sains
Senario program PEKA Sains pada masa ini ialah guru melaksanakannya seperti yang diarahkan oleh KPM namun pelaksanaannya kurang mengambil kira aspek manakah yang sepatutnya dititikberatkan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meninjau pengaruh aspek konteks, input, dan proses Pentaksir...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19751/1/Pengaruh%20aspek%20konteks.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19751/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English |
Summary: | Senario program PEKA Sains pada masa ini ialah guru melaksanakannya seperti
yang diarahkan oleh KPM namun pelaksanaannya kurang mengambil kira aspek
manakah yang sepatutnya dititikberatkan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan
untuk meninjau pengaruh aspek konteks, input, dan proses Pentaksiran Kerja Amali
(PEKA) Sains terhadap pencapaian PEKA Sains dalam kalangan pelajar Tingkatan 4
di Negeri Sabah. Seramai 447 orang pelajar Tingkatan 4 telah dipilih dengan
kaedah persampelan berstrata. Kajian ini adalah kajian kuantitatif bukan
eksperimen yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data.
Instrumen yang telah digunakan untuk memungut data terdiri daripada Seal Selidik
Aspek Konteks (SSAK), Soal Selidik Aspek Input (SSAI) dan Seal Selidik Aspek
Proses (SSAP) manakala keputusan pencapaian PEKA Sains diperolehi daripada
guru Sains Tingkatan 4 yang menilai pelajar menggunakan rubrik petunjuk prestasi
mengikut piawaian yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pakej
analisis statistik \ Statistical Package for Social Sdence' (SPSS) for Windows version
20.0, perisian analisis item 'QUE5r dan perisian 'Smart Partial Least Square'
(SmartPLS) version 2.0 telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif yang
dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan tahap PEKA Sains bagi aspek konteks,
input dan proses adalah pada tahap 'Tinggi' (3.41-4.20) manakala min pencapaian
pelajar mengikut kemahiran PEKA Sains adalah pada tahap cemerlang (8 atau 9,
Gred A). Selain itu, dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat korelasi dan juga
pengaruh antara aspek konteks, input dan proses terhadap pencapaian PEKA Sains.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan terdapat korelasi dan juga
pengaruh antara aspek konteks dengan input dan antara aspek input dengan
proses. Dapatan analisis lintasan mendapati aspek konteks, input dan proses PEKA
Sains tidak mempunyai korelasi dengan pencapaian PEKA Sains. Model struktur
yang dijanakan dalam kajian ini tidak dapat meramalkan pencapaian produk PEKA
Sains. Dapatan-dapatan kajian memberi implikasi khususnya keperluan untuk
meneliti semula aspek proses, memastikan aspek input yang menepati dengan
keperluan PEKA Sains, dan mempertimbangkan faktor-faktor lain yang dapat
memenuhi keperluan pelajar. Pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan
pelaksanaan kurikulum sains perlu meneliti semula pelaksanaan PEKA Sains
terutama sekali dalam pelaksanaan aspek proses. |
---|