Pengaruh pengetahuan, sikap, amalan dalam pemakanan dan aktiviti fizikal terhadap status kesihatan guru pelatih IPGM
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap, hubungan dan pengaruh pengetahuan, sikap, amalan dalam pemakanan, aktiviti fizikal dan status kesihatan guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPGM) Zon Sabah. Seramai 408 guru pelatih telah dipilih dengan kaedah persampelan bergabung. Kajian ini berbentuk kuanti...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19753/7/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19753/8/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19753/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Kajian ini bertujuan mengkaji tahap, hubungan dan pengaruh pengetahuan, sikap, amalan dalam pemakanan, aktiviti fizikal dan status kesihatan guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPGM) Zon Sabah. Seramai 408 guru pelatih telah dipilih dengan kaedah persampelan bergabung. Kajian ini berbentuk kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan sampel berdasarkan objektif kajian. Data daripada pelajar diperoleh melalui instrumen ujian pengetahuan pemakanan, aktiviti fizikal dan instrumen soal selidik sikap, amalan pemakanan, aktiviti fizikal dan status kesihatan. Variabel bebas adalah pengetahuan, sikap dan amalan pemakanan, aktiviti fizikal dan status kesihatan. Kajian rintis telah dilaksanakan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian analisis item Quick/ Unbiased, Efficient Statistical Tree (Quest/ Predictive Analytics Software (PASW) for Windows Version 22 dan Analysis of Moment Structure (AMOS) for Windows Version 18. Analisis diskriptif seperti peratus dan min digunakan untuk menentukan tahap. Dapatan kajian pemakanan menunjukkan tahap pengetahuan baik (n=268; %=66), sikap baik (n=346/ %85) dan amalan rendah (n=254/ %=62). Aktiviti fizikal menunjukkan tahap pengetahuan sederhana (n=219/ %=54), sikap sederhana (n=274/ %=67) dan amalan baik (n=181; %=44). Status kesihatan menunjukkan tahap sederhana (n=204/ %=50). Analisis statistik inferensi seperti Korelasi Pearson Regresi berganda langkah demi langkah untuk menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<.05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif dan signifikan pengetahuan pemakanan (r=.207, p<.05) dan sikap pemakanan (r=.135, p<.05) dengan amalan pemakanan. Hubungan yang positif dan signifikan pengetahuan aktiviti fizikal (r=.119, p<.05) dan sikap aktiviti fizikal (r=.133, p<.05) dengan amalan aktiviti fizikal. Selain daripada itu terdapat hubungan positif dan signifikan amalan pemakanan (r=.254, p<.05) dan amalan aktiviti fizikal (r= .175, p< .05) dengan status kesihatan. Sementara itu, pengetahuan pemakanan (ß=.054; p<.05) merupakan peramal utama terhadap amalan pemakanan dan sikap aktiviti fizikal (ß=.034; p<.05) merupakan peramal utama amalan aktiviti fizikal. Manakala amalan pemakanan (ß=.048; p<.05) merupakan peramal utama status kesihatan. Keputusan analisis laluan menunjukkan bahawa pengetahuan pemakanan dan aktiviti fizikal memberi kesan langsung dan tidak langsung terhadap status kesihatan guru pelatih. |
---|