Pemencilan, pencirian dan penskrinan bakteria pendegrad fenol daripada enapcemar minyak terawat

Fenol merupakan sebatian toksik yang terdapat dalam pelbagai sisa buangan industri. Persampelan ini telah dilakukan daripada enapcemar terawat dari Labuan Crude Oil Terminal (LCOT) dengan menggunakan kaedah penyebaran terus dan pengkayaan. Pengujian bilangan populasi mendapati sebanyak 10067 CFU/...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ivy Christine Puduk
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19772/1/Pemencilan%2C%20pencirian%20dan%20penskrinan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19772/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
Description
Summary:Fenol merupakan sebatian toksik yang terdapat dalam pelbagai sisa buangan industri. Persampelan ini telah dilakukan daripada enapcemar terawat dari Labuan Crude Oil Terminal (LCOT) dengan menggunakan kaedah penyebaran terus dan pengkayaan. Pengujian bilangan populasi mendapati sebanyak 10067 CFU/mL yang tumbuh pada agar nutrien dan 3700 CFU/mL pada agar Ramsay bagi kaedah penyebaran terus. Manakala bagi kaedah pengkayaan pula, sebanyak 440267 CFU/mL yang tumbuh pada agar nutrient dan 829267 CFU/mL pada agar Ramsay. Beberapa strain kemudiannya dipencilkan daripada bilangan populasi tersebut dan sebanyak 41 strain berjaya dipencilkan. Daripada 41 strain yang betjaya dipencilkan, 6 strain telah dipilih mengikut perbezaan Warna, konfigurasi, margin dan elevasi. Pengujian juga dilakukan bagi pertumbuhan strain terpilih pada suhu 30°C, 37°C dan 40°C selama 24 jam. Keputusan menunjukkan kesemua strain terpilih tumbuh dengan baik pada setiap suhu. Setiap strain terpilih diklasifikasikan berdasarkan warna, konfigurasi, margin, jenis Gram dan morfologi set Daripada keputusan, 3 strain adalah Gram-negatif dan selebihnya adalah strain Gram-positif. Gram-negatif ialah strain NAOT-D.20, RMOT-E.7 dan RMOT-E.30. Manakala bagi Grampositif ialah strain NAOT-E.37, NAOT-E.26 dan NAOT-E.35. Strain terpilih ini telah dikodkan sebagai NAOT-E.35, NAOT-D.20, NAOT-E.37, NAOT-E.26, RMOT-E.7 dan RMOT -E.30. Keputusan anaIisis penskrlnan menunjukkan, hanya 3 strain iaitu NAOT-E.37, NAOT-E.35 dan RMOT-E.30 yang berupaya tumbuh dengan baik pada kepekatan fenol 0.5mM, 1.5mM dan 2mM.