Pembuatan vaksin rendaman untuk melawan serangan patogen akuakultur, Vibrio harveyi
Vibriosis merupakan penyakit ikan yang lazim dijumpai yang disebabkan oleh bakteria dari genus Vibrio. Serangan bakteria spesis Vibrio terutamanya pada spesis ikan yang mempunyai nilai komersil yang tinggi seperti ikan siakap dan kerapu menyebabkan kerugian yang besar dalam industri perikanan dan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20092/1/Pembuatan%20vaksin%20rendaman%20.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20092/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English |
Summary: | Vibriosis merupakan penyakit ikan yang lazim dijumpai yang disebabkan oleh bakteria
dari genus Vibrio. Serangan bakteria spesis Vibrio terutamanya pada spesis ikan yang
mempunyai nilai komersil yang tinggi seperti ikan siakap dan kerapu menyebabkan
kerugian yang besar dalam industri perikanan dan akuakultur. Spesis Vibrio yang paling
dominan ialah Vibrio harveyi. Oleh itu, dalam kajian ini, objektif utama yang perlu
dicapai ialah untuk mempelajari kaedah penyediaan vaksin rendaman dengan betul dan
menentukan keberkesanan vaksin rendaman terhadap kepekatan bakteria hidup yang
berbeza. Vaksin rendaman yang disediakan adalah untuk memberi perlindungan kepada
ikan daripada serangan Vibrio harveyi. Dalam kajian ini, 12 tangki ikan siakap disediakan
dan dilabel sebagai Tangki 1-12. Tangki 1-6 bertindak sebagai tangki kawalan di mana
ikan-ikan dalam tangki ini tidak diberi vaksin. Tangki 7-12 pula bertindak sebagai tangki
rawatan di mana kesemua ikan dalam tangki-tangki ini direndam dalam vaksin. Vaksin
yang digunakan dalam kajian ini ialah vaksin mati. Vaksin mati disediakan dengan
menggunakan formalin yang bertindak menyilang protein dalam sel bakteria Vibrio
harveyi. Pemvaksinan rendaman dilakukan selama 10-15 minit pada hari pertama dan
hari kelapan ujikaji. Pada hari ke-21, kesemua ikan dalam tangki rawatan dan kawalan
diuji dengan bakteria hidup melalui suntikan. Tangki 1,2,7 dan 8 diuji dengan bakteria
hidup berdos 107 cfu/ml. Tangki 3,4,9 dan 10 diuji dengan bakteria berdos 105 cfu/ml.
Tangki 5,6,11 dan 12 diuji dengan bakteria berdos 103 cfu/ml. Daripada keputusan yang
diperolehi, didapati vaksin mati berdos 1.5 - 7.8 x 107 cfu/ml menunjukkan keberkesanan
yang tinggi dalam memberi perlindungan kepada ikan pada kepekatan Vibrio harveyi
103 cfu/ml dengan menyumbang peratusan ikan yang hidup (RPS) sebanyak 100%.
Namun, dos vaksin dalam julat ini hanya menunjukkan keberkesanan yang sederhana
pada kepekatan bakteria 105 cfu/ml apabila hanya menyumbang 33.33% ikan hidup. Pada
kepekatan bakteria 107 cu/ml, dos vaksin dalam julat ini langsung tidak menunjukkan
keberkesanan apabila menyumbang peratusan ikan hidup sebanyak 0%. |
---|