Pengkuantifikasian dan pengklasifikasian sampah marin di Teluk Likas, Sabah

Pencemaran sampah marin merupakan masalah sekitaran yang sekian lama dihadapi pantai Teluk Likas. Kajian ini merupakan kesinambungan daripada kajian terdahulu iaitu kajian pada tahun 2006. Dalam kajian ini, pengkuantifikasian dan pengklasifikasian sampah-sarap terutamanya sampah kategori Plastik,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rudy Kilip
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20491/1/Pengkuantifikasian%20dan%20pengklasifikasian.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20491/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
Description
Summary:Pencemaran sampah marin merupakan masalah sekitaran yang sekian lama dihadapi pantai Teluk Likas. Kajian ini merupakan kesinambungan daripada kajian terdahulu iaitu kajian pada tahun 2006. Dalam kajian ini, pengkuantifikasian dan pengklasifikasian sampah-sarap terutamanya sampah kategori Plastik, Fabrik, Kertas, Logani, Kaca, dan Getah dilakukan untuk mengetahui tahap pencemaran semasa sampah di Pantai Teluk Likas. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca pencemaran sampah sarap di kawasan yang dikaji. Tujuan lain kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara bilangan dan berat sampah. Data daripada kajian ini juga dibandingkan dengan data kajian tahun 2006 bagi melihat samada terdapatnya peningkatan atau penyusutan jumlah bilangan dan berat sampah di Teluk Likas. Dengan cara pemilihan transek secara rawak, sampah yang dikutip dicuci, dikeringkan, ditimbang, dan diklasifikasikan mengikut setiap kategori yang telah ditetapkan. Sebanyak 3396 item/100m2 sampah dengan berat sebanyak 14499.36g/100m² telah dikutip sepanjang persampelan ini. Sampah jenis plastik mendominasi kategori bilangan dan berat keseluruhan sampah dengan peratus bilangan sebanyak 94.38% dan peratusan berat sebanyak 65.29%. Didapati bahawa terdapat hubungan antara bilangan sampah dan berat sampah bagi semua kategori sampah dengan nilai signifikan p<0.005 (plastik, r=0.461, p=0.001. fabrik, r=0.622, p=0.003. logam, r=0.827, p=0.003. kertas, r=0.469, p=0.007. getah, r=0.533, p=0.002) kecuali sampah jenis kaca. Kajian ini juga mendapati bahawa Teluk Likas mengalami peningkatan dari segi bilangan (8.86%) dan berat sampah (28.32%) sampah dalam kategori plastik berbanding tahun 2006. Antara punca-punca pencemaran yang dikenalpasti adalah seperti keadaan fizikal dan kedudukan pantai yang cenderung memerangkap sampah daripada laut, aktiviti pelancongan dan sistem pengurusan sisa pepejal yang kurang sistematik. Kajian lanjut berkenaan sampah di bawah permukaan laut, sampah tertimbus di dalam pasir dan sampah terapung harus dilakukan bagi mengetahui status sebenar pencemaran sampah marin di Teluk Likas.