Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: Kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah (Local knowledge and its potential as a community-based tourism attraction: The case of the Bajau Ubian Community in Mantanani Island, Sabah)

Pelancongan berasaskan komuniti adalah pelancongan yang bertujuan mencapai pembangunan lestari agar komuniti luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup mereka tanpa merosakkan alam sekitar. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan tarikan pelancongan berasaskan budaya dan alam sekita...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Jirey Kumalah, Gusni Saat, Jabil Mapjabil, Rosazman Hussin, Teuku Afrizal, Mustapa Abu Talip
Format: Article
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22165/1/Kearifan%20tempatan%20dan%20potensinya%20sebagai%20tarikan%20pelancongan%20berasaskan%20komuniti.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22165/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
Description
Summary:Pelancongan berasaskan komuniti adalah pelancongan yang bertujuan mencapai pembangunan lestari agar komuniti luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup mereka tanpa merosakkan alam sekitar. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan tarikan pelancongan berasaskan budaya dan alam sekitar di Malaysia. Negeri ini mempunyai lebih daripada tiga puluh etnik suku kaum yang kaya dengan seni dan kebudayaan masing-masing, antaranya ialah suku kaum Bajau Ubian. Kawasan kajian ini dijalankan di Pulau Mantanani kerana keunikan komunitinya yang hampir seratus peratus adalah daripada suku kaum Bajau Ubian. Pulau Mantanani adalah sebuah pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi manakala komuniti Bajau Ubian pula kaya dengan kearifan tempatan tersendiri. Terdapat enam klasifikasi kearifan tempatan yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan iaitu masakan, kraftangan dan pertukangan, permainan tradisi, kemahiran hidup, seni tarian dan muzik, majlis keraian dan perayaan. Setiap kearifan tempatan ini mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti. Justeru, kertas kerja ini akan meneliti potensi kearifan tempatan komuniti Bajau Ubian sebagai tarikan pelancongan di Pulau Mantanani.