Kepemimpinan instruksional, motivasi kerja dan prestasi kerja guru mata pelajaran sejarah di Negeri Sabah
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan kepemimpinan instruksional, motivasi kerja dan prestasi kerja guru mata pelajaran Sejarah. Kajian tinjauan ini melibatkan sampel seramai 334 orang guru mata pelajaran Sejarah sekolah menengah di negeri Sabah. Kaedah persampelan yang dig...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22483/1/Kepimpinan%20instruksional%2C%20motivasi%20kerja%20dan%20prestasi%20kerja%20guru%20pelajaran%20sejarah%20di%20negeri%20sabah https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22483/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English |
Summary: | Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan kepemimpinan
instruksional, motivasi kerja dan prestasi kerja guru mata pelajaran Sejarah. Kajian
tinjauan ini melibatkan sampel seramai 334 orang guru mata pelajaran Sejarah
sekolah menengah di negeri Sabah. Kaedah persampelan yang digunakan ialah
persampelan bertujuan dan rawak mudah. Variabel kajian telah diuji menggunakan
statistik diskriptif dan inferensi yang melibatkan ANOVA, korelasi Pearson, regresi
linear serta regresi berganda. Kajian ini menggunakan soal selidik PIMRS, QMAT
dan prestasi kerja sebagai alat pengukur bagi variabel-variabel kajian. Analisis
korelasi menunjukkan semua sebelas variabel dimensi kepemimpinan instruksional
mempunyai hubungan yang signifikan dengan variabel motivasi kerja dan prestasi
kerja guru mata pelajaran Sejarah. 13erdasarkan analisis regresi berganda
mendapati dimensi-dimensi kepemimpinan instruksional iaitu penggalakkan
perkembangan profesionalisme, memantau kemajuan murid, mengawal masa
pengajaran dan pembelajaran dan menyelia dan menilai peKngajaran telah
menyumbang sebanyak 31.1% secara keseluruhan terhadap motivasi kerja. Analisis
selanjutnya mendapati bahawa secara berasingan, dimensi kepemimpinan
instruksional [(penggalakkan perkembangan profesionalisme menyumbang
sebanyak 24.7 peratus (0=0.16, p=0.00), dimensi memantau kemajuan pelajar
menyumbang sebanyak 3.6 peratus ((3=0.11, p=0.00), dimensi mengawal masa
pengajaran dan pembelajaran menyumbang sebanyak 2 peratus (0=0.07, p=0.00)
dan dimensi menyelia dan menilai pengajaran menyumbang sebanyak 1 peratus
((3=0.05, p=0.00)]. Kajian ini juga mendapati bahawa wujud pengaruh yang
signifikan antara dimensi-dimensi kepemimpinan instruksional dan motivasi kerja
terhadap prestasi kerja guru mata pelajaran Sejarah. Dimensi kepemimpinan
instruksional iaitu menyelia dan menilai pengajaran dan motivasi kerja
menyumbang secara keseluruhan 20% terhadap prestasi kerja guru mata pelajaran
Sejarah. Secara umumnya, kajian ini telah memberi sumbangan baru kepada tubuh
ilmu dalam pendidikan kerana kajian ini melihat perspektif kepemimpinan
instruksional dari sudut perspektif guru. Kajian ini mendapati guru yang mempunyai
kepemimpinan instruksional dan motivasi kerja berupaya meningkatkan prestasi
kerja dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di sekolah.
Justeru dapatlah dirumus secara keseluruhan bahawa kepemimpinan instruksional
dan motivasi kerja adalah sangat penting dalam meningkatkan prestasi kerja guru
mata pelajaran Sejarah. |
---|