Kajian Permasalahan yang Dihadapi oleh PelajarPelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah MersingBerasaskan Senarai Semak Mooney: Satu Kajian Lanjutan

Dalam kajian ini penyelidik ingin melihat permasalahan yang paling utama, pencapaian akademik pelajar dalam PMR serta mengenal pasti perbezaan permasalahan yang dihadapi berdasarkan demografi pelajar. Kajian dilakukan ke atas 186 orang responden menggunakan soal selidik yang diterjemah daripada MPCL...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azizi Yahaya, Koay, Ting Yin, Ismail Maakip, Voo Peter, Sabihah Sapuan
Format: Article
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24872/1/Kajian%20permasalahan%20yang%20dihadapi%20oleh%20pelajar%20pelajar%20tingkatan%20empat%20di%20Sekolah%20Menengah%20Mersing%20berasaskan%20Senarai%20Semak%20Mooney%20satu%20kajian%20lanjutan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24872/7/Kajian%20Permasalahan%20yang%20Dihadapi%20oleh%20PelajarPelajar%20Tingkatan%20Empat%20di%20Sekolah%20Menengah%20MersingBerasaskan%20Senarai%20Semak%20Mooney%20%20Satu%20Kajian%20Lanjutan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24872/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Dalam kajian ini penyelidik ingin melihat permasalahan yang paling utama, pencapaian akademik pelajar dalam PMR serta mengenal pasti perbezaan permasalahan yang dihadapi berdasarkan demografi pelajar. Kajian dilakukan ke atas 186 orang responden menggunakan soal selidik yang diterjemah daripada MPCL yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A melibatkan demografi pelajar dan bahagian B melibatkan maklum balas pelajar terhadap elemen permasalahan. Maklum balas yang diterima dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta statistik inferensi seperti ujian-t telah digunakan dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah α = .895. Hasil kajian menunjukkan tahap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah daerah Mersing berada pada tahap sederhana (min = 3.20). Permasalahan akademik dan kerjaya merupakan permasalahan yang paling utama (min = 3.82) serta tidak terdapat perbezaan permasalahan pelajar mengikut jantina, bangsa dan lokasi sekolah tetapi terdapat perbezaan permasalahan agama dan moral mengikut bangsa (k = .01 < α = .05) dan terdapat perbezaan permasalahan persekolahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang dikaji mengikut jantina (k = .004 < α = .05) dan lokasi sekolah (k = .002 < α = .05). Ini bermakna pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah menengah daerah Mersing perlu dibantu bagi mengurangkan permasalahan akademik dan kerjaya, serta tumpuan boleh diberi bagi permasalahan agama dan moral mengikut bangsa dan persekolahan mengikut lokasi sekolah.