Perbezaan Faktor Demografi Dalam Efikasi Kendiri Guru Dan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke 21
Kajian ini bertujuan untuk meninjau perbezaan faktor demografi (jantina, umur, kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar) dalam efikasi kendiri guru dan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di enam (6) buah sekolah menengah daerah Penampang di nege...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25642/1/Perbezaan%20Faktor%20Demografi%20Dalam%20Efikasi%20Kendiri%20Guru%20Dan%20Amalan%20Pengajaran%20Dan%20Pembelajaran%20Abad%20Ke%2021.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25642/2/Perbezaan%20Faktor%20Demografi%20Dalam%20Efikasi%20Kendiri%20Guru%20Dan%20Amalan%20Pengajaran%20Dan%20Pembelajaran%20Abad%20Ke%20211.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25642/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau perbezaan faktor demografi (jantina, umur, kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar) dalam efikasi kendiri guru dan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di enam (6) buah sekolah menengah daerah Penampang di negeri Sabah. Seramai 329 guru-guru sekolah menengah telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata berkadar. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif bersifat tinjauan menggunakan sepenuhnya borang soal selidik untuk mengumpul data. Instrumen yang telah digunakan untuk memungut data terdiri daripada soal selidik Teachers’ Sense Of Efficacy (TSES) dan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Usaha penerokaan literatur mendapati faktor demografi yang telah dikenal pasti releven dalam konteks kajian ini ialah umur, jantina, pengalaman mengajar dan kelulusan ikhtisas. Pakej analisis statistik ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) for Windows version 25.0 telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif yang dikumpul. Analisis Ujian-t dan ANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 berdasarkan faktor demografi guru seperti jantina, umur, pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas. Demikian juga efikasi kendiri guru, turut didapati tidak berbeza secara signifikanberdasarkan faktor jantina, umur dan kelayakan ikhtisas. Namun, efikasi kendiri guru didapati berbeza secara signifikan berdasarkan faktor pengalaman mengajar. |
---|