Ritual Serarang: Analisis Hidangan Makanan Sebagai Simbol Komunikasi Bukan Lisan Masyarakat Melanau Likow di Dalat, Sarawak
Persembahan makanan dalam ritual Serarang dijalankan bertujuan menggembirakan Ipok. Setiap tahun ritual ini antara aktiviti yang dilakukan dalam Pesta Kaul oleh masyarakat Melanau Likow sebagai tanda kesyukuran dan perlakuan memohon perlindungan kepada semangat laut. Pelaksanaan ritual ini amat berk...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26639/1/Ritual%20Serarang.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26639/2/Ritual%20Serarang1.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26639/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Persembahan makanan dalam ritual Serarang dijalankan bertujuan menggembirakan Ipok. Setiap tahun ritual ini antara aktiviti yang dilakukan dalam Pesta Kaul oleh masyarakat Melanau Likow sebagai tanda kesyukuran dan perlakuan memohon perlindungan kepada semangat laut. Pelaksanaan ritual ini amat berkait rapat dengan pandang dunia masyarakat pengamal. Fokus utama dalam kajian ini untuk mengkaji makna simbol makanan yang dipersembahkan kepada Ipok. Data-data dalam kajian ini pula dianalisis menggunakan pendekatan teori semiotik yang mengkaji makna makanan dalam konteks komunikasi bukan lisan. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi dengan pengkaji turut serta dalam pelaksanaan ritual. Data diperoleh melalui temu bual mendalam bersama informan utama, Tama Kaul dan para pengamal ritual. Lokasi kajian terletak di Kampung Medong, Dalat Sarawak. Kajian ini mendapati bahawa makanan yang dipersembahkan kepada Ipok mengandungi makna yang tersendiri dan diterjemahkan menerusi bentuk, warna dan cara pengolahannya. Makanan dalam dulang Serarang membawa makna kasih sayang, kesyukuran serta doa dan harapan agar dikurniakan rezeki yang lebih banyak pada tahun mendatang. Ritual ini menjadi tradisi dan identiti masyarakat Melanau Likow hingga kini. |
---|