Sejarah sistem perburuhan di Borneo Utara (1881-1941)

Penghapusan amalan perhambaan mengakibatkan Borneo Utara tidak mempunyai sistem buruh yang teratur untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Namun, penguatkuasaan undang-undang membenarkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) memperkenalkan sistem buruh. Sistem buruh ini kemudian me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syaib Ahmed, Maureen De Silva
Format: Article
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26996/3/Sejarah%20Sistem%20Perburuhan%20Di%20Borneo%20Utara%20%281881-1941%29-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26996/2/Sejarah%20Sistem%20Perburuhan%20Di%20Borneo%20Utara%20%281881-1941%29.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26996/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/2845
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Penghapusan amalan perhambaan mengakibatkan Borneo Utara tidak mempunyai sistem buruh yang teratur untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Namun, penguatkuasaan undang-undang membenarkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) memperkenalkan sistem buruh. Sistem buruh ini kemudian membolehkan SBUB merekrut tenaga kerja dan meningkatkan lagi pembangunan ekonomi di Borneo Utara. Objektif makalah ini adalah untuk menganalisis pelaksanaan sistem buruh yang diperkenalkan di Borneo Utara oleh SBUB dari tahun 1881 hingga 1941. Makalah ini ditulis dengan merujuk kepada sumber utama yang diperoleh dari Arkib Negeri Sabah. Sumber rujukan yang digunakan termasuklah fail pentadbiran kolonial, British North Borneo Herald (BNBH), Pelbagai dan Warta Rasmi. Sumber sekunder seperti buku dan jurnal juga dirujuk sebagai sumber analisis perbincangan. Kajian ini mendapati terdapat dua jenis kontrak digunakan ke atas buruhburuh yang bekerja di Borneo Utara iaitu kontrak bertulis dan kontrak lisan. Kontrak bertulis yang wujud dalam bentuk indentur dan kontrak biasa akan diaplikasikan ke atas buruh-buruh imigran, manakala buruh tempatan akan dikenakan kontrak lisan.