Percaturan politik dan strategi politiking dalam perebutan kuasa di Sarawak, 1841-1846: "biar hidup berkalang tanah, jangan mati berkalang bangkai"
Kertas ini bertujuan merungkai kelincahan dan kelicikan tokoh-tokoh politik (patriot atau imperialis) yang pernah bergelut dalam kancah perebutan takhta politik di Sarawak (1841-1846), di samping menilai semula pandangan beberapa sarjana Barat yang mencemuh patriot-patriot Bumi Kenyalang sebagai pem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27039/1/Percaturan%20politik%20dan%20strategi%20politiking%20dalam%20perebutan%20kuasa%20di%20Sarawak%2C%201841-1846%2C%20Biar%20hidup%20berkalang%20tanah%2C%20jangan%20mati%20berkalang%20bangkai-Abstract.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27039/2/Percaturan%20politik%20dan%20strategi%20politiking%20dalam%20perebutan%20kuasa%20di%20Sarawak%2C%201841-1846%2C%20Biar%20hidup%20berkalang%20tanah%2C%20jangan%20mati%20berkalang%20bangkai.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27039/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Kertas ini bertujuan merungkai kelincahan dan kelicikan tokoh-tokoh politik (patriot atau imperialis) yang pernah bergelut dalam kancah perebutan takhta politik di Sarawak (1841-1846), di samping menilai semula pandangan beberapa sarjana Barat yang mencemuh patriot-patriot Bumi Kenyalang sebagai pemberontak (begitu juga dalam konteks sejarah Malaysia secara umumnya). Persoalannya, benarkah dan layakkah mereka ini dihukum sebagai penderhaka? Sejarah merupakan akar kekuatan bangsa: tidak ada sejarah tanpa manusia, dan tidak ada manusia yang tidak ada sejarahnya; namun, sejarah bukanlah rempah hidup yang mudah dihadami, dan sejarah bukanlah rencah pemikiran yang remeh difahami. Lantaran itu, penulis menyoroti setiap gerak nadi percaturan dan arus nafas pertembungan politik yang rumit dalam proses sejarah yang menarik untuk digarap berlunaskan falsafah dan pensejarahan ilmiah. Seterusnya, kita dapat menoreh pelbagai hikmah (iktibar dan ikhtiar) menerusi topik kerdil ini berlunaskan fakta dan pentafsiran sejarah. Sejarah ialah disiplin perdebatan, dan justeru kerana itu, isu dan persoalan dalam sejarah tidak akan putusputus diperdebatkan menerusi pentas diskusi ilmiah dan wacana intelektual. Di sinilah benih ilmu bertunas segar dan mercu ilmu menyerlahkan tuas kebenarannya. |
---|