Penerapan nilai-nilai murni menerusi pendidikan informal dalam amalan pembuatan kuih tradisional etnik Brunei di Sabah

Etnik Brunei dalam kajian ini terkenal dengan kearifan dalam pembuatan kuih-muih tradisional dalam pelbagai nama, rupa, bentuk dan rasa yang diwarisi secara turun-temurun. Kajian ini dijalankan untuk menyingkap nilainilai murni dalam pembuatan kuih tradisional yang mempunyai signifikan dalam pembent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Surayah Hj Bungsu, Humin Jusilin
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Faculty of Science and Natural Resources 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27351/1/Penerapan%20nilai-nilai%20murni%20menerusi%20pendidikan%20informal%20dalam%20amalan%20pembuatan%20kuih%20tradisional%20etnik%20Brunei%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27351/2/Penerapan%20nilai-nilai%20murni%20menerusi%20pendidikan%20informal%20dalam%20amalan%20pembuatan%20kuih%20tradisional%20etnik%20Brunei%20di%20Sabah1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27351/
https://drive.google.com/file/d/14r8p7XBJCXXyGbFmkKZj-9MIi6S-pWzv/view
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Etnik Brunei dalam kajian ini terkenal dengan kearifan dalam pembuatan kuih-muih tradisional dalam pelbagai nama, rupa, bentuk dan rasa yang diwarisi secara turun-temurun. Kajian ini dijalankan untuk menyingkap nilainilai murni dalam pembuatan kuih tradisional yang mempunyai signifikan dalam pembentukan sahsiah dan pemikiran dalam kalangan pelajar. Kajian juga membincangkan nilai estetika yang diwarisi secara turuntemurun. Nilai-nilai murni dan kearifan tempatan yang terkandung dalam pembuatan kuih tradisional dalam konteks budaya etnik brunei adalah pancaran pemikiran yang kreatif, menjelaskan jati diri, sistem kepercayaan beragama dan identiti budaya mereka. Kajian ini melibatkan perkampungan etnik Brunei iaitu di Kampung Weston yang terletak di daerah Beaufort, Sabah. Data-data penyelidikan dianalisis dengan menggunakan pendekatan Feldman, B.E. (1967) yang mencadangkan empat tahap yang sistematik iaitu tahap deskripsi, analisis formal, interpretasi dan penilaian. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggunakan data-data kajian daripada lapangan melalui kaedah seperti temu bual, pemerhatian dan penglibatan turut serta oleh pengkaji. Informan yang terlibat dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam pembuatan kuih-muih tradisional serta kearifan mereka tentang adat dan upacara budaya etnik Brunei. Kajian ini mendapati bahawa kewujudan kuih-muih tradisional yang diwarisi oleh etnik Brunei memaparkan nilai-nilai murni yang dapat menjadi sumber rujukan pendidikan informal seterusnya menjadi hasrat pendidikan ke arah pemantapan jati diri dalam pembentukan identiti pelajar yang berbudaya, kenal jati diri dan menghargai warisan leluhur sebagai suatu khazanah yang perlu dipelihara.