Aplikasi Fiqh al-Ta ‘Ayush yang berorientasikan prinsip Wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya seterusnya memberi kesan kepada pasang surut dalam interaksi dan komunikasi sosial. Saban hari timbul isu sensitif yang melibatkan dimensi agama, kaum, politik dan ekonomi. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi duri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Naqib Hamdan, Mohd Anuar Ramli, Syamsul Azizul Marinsah, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhd Imran Abdul Razak, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Penerbit UKM 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29032/3/Aplikasi%20Fiqh%20al-Ta%20%E2%80%98Ayush%20yang%20berorientasikan%20prinsip%20Wasatiyyah%20dalam%20membina%20keharmonian%20masyarakat%20majmuk%20di%20Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29032/4/Aplikasi%20Fiqh%20al-Ta%20%E2%80%98Ayush%20yang%20berorientasikan%20prinsip%20Wasatiyyah%20dalam%20membina%20keharmonian%20masyarakat%20majmuk%20di%20Malaysia%20_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29032/
https://ejournal.ukm.my/jhadhari/article/view/49072
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: Malay
Malay
Description
Summary:Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya seterusnya memberi kesan kepada pasang surut dalam interaksi dan komunikasi sosial. Saban hari timbul isu sensitif yang melibatkan dimensi agama, kaum, politik dan ekonomi. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi duri dalam daging yang menghambat proses perpaduan antara kaum di Malaysia. Justeru, segregasi sosial dan budaya ini perlu diharmonikan bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan penuh kedamaian. Antara pendekatan yang boleh digunapakai adalah fiqh al ta‘ayush (co-existence) antara kaum dan agama yang berpaksikan prinsip kesederhanaan yang pernah dipraktikkan pada zaman Nabi SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin. Sehubungan itu, kajian kualitatif ini membincangkan tentang konsep fiqh al-ta‘ayush yang berorientasikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) yang menjadi teras dalam menangani isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan aplikasi fiqh ta‘ayush yang melibatkan penyertaan aktif semua pihak di Malaysia, diharapkan Islam sebagai agama rahmatan lil ‘alamin dapat direalisasikan bagi menjamin keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.