Aplikasi Manhaj Wasatiyyah terhadap fenomena Sinkretisme dalam adat masyarakat Bajau di daerah Semporna Sabah
Negeri Sabah mempunyai sebuah masyarakat majmuk yang dilatari dengan keunikan dan perbezaan budaya yang tersendiri dengan masyarakat lain. Pertembungan budaya dan kepercayaan agama telah melahirkan satu entiti hybrid yang menarik dan dikenali dalam khazanah disiplin ilmu fiqh budaya atau ilmu antrop...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay Malay |
Published: |
Penerbit UniSZA
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29120/1/Aplikasi%20Manhaj%20Wasatiyyah%20terhadap%20fenomena%20Sinkretisme%20dalam%20adat%20masyarakat%20Bajau%20di%20daerah%20Semporna%20Sabah.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29120/2/Aplikasi%20Manhaj%20Wasatiyyah%20terhadap%20fenomena%20Sinkretisme%20dalam%20adat%20masyarakat%20Bajau%20di%20daerah%20Semporna%20Sabah%20_ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29120/ https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/243/177 https://doi.org/10.37231/jimk.2018.16.1.243 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | Malay Malay |
Summary: | Negeri Sabah mempunyai sebuah masyarakat majmuk yang dilatari dengan keunikan dan perbezaan budaya yang tersendiri dengan masyarakat lain. Pertembungan budaya dan kepercayaan agama telah melahirkan satu entiti hybrid yang menarik dan dikenali dalam khazanah disiplin ilmu fiqh budaya atau ilmu antropologi sebagai sinkretisme. Objektif kajian ini cuba membincangkan fenomena sinkretisme yang berlaku dalam amalan masyarakat Bajau di Semporna Sabah merangkumi aspek kepercayaan tradisi hingga adat kematian. Selain itu, objektif kajian ini cuba mengkaji dan menganalisis aplikasi manhaj wasatiyyah dalam menangani fenomena sinkretisme tersebut. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui temu bual dan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian mendapati, terdapat banyak gejala sinkretisme yang berlaku dalam adat resam masyarakat Bajau yang sukar diketahui sama ada adat resam tersebut merupakan ajaran Islam yang tulen atau peninggalan tradisi silam pra-Islam. Selain itu, dalam menghadapi sinkretisme antara adat tradisi dengan ajaran Islam, muncul dua kelompok yang mengambil pendekatan berbeza dalam isu ini. Kelompok pertama adalah golongan yang berusaha untuk mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan menghukumkan bidaah segala amalan masyarakat Bajau yang tidak sejajar dengan al- Qur’an dan al-Sunnah. Kelompok kedua pula adalah golongan yang dapat menerima sinkretisme secara keseluruhan. Oleh itu, manhaj wasatiyyah perlu diaplikasikan dalam menangani fenomena tersebut bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum Islam dengan realiti perlaksanaannya dalam masyarakat Bajau. |
---|