Gejala Sosial dan Pencegahan dalam kalangan remaja di Malaysia

Buku “Remaja, Gejala Sosial dan Pencegahan” ini ditulis dengan kesedaran bahawa isu-isu yang melibatkan remaja dari sudut psikologi dan keagamaan serta pendidikan adalah amat bersangkut-paut dengan kesedaran dalaman individu, dan kesedaran seluruh anggota masyarakat. Menyedari hakikat bahawa remaja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Balan Rathakrishnan, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Rezki Perdani Sawai
Format: Book
Language:English
Published: Penerbit UMS 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29796/1/Gejala%20Sosial%20dan%20Pencegahan%20dalam%20kalangan%20remaja%20di%20Malaysia1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29796/
https://www.amazon.com/Pencegahan-Kalangan-Malaysia-Prevention-Adolescents/dp/9670521904
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
Description
Summary:Buku “Remaja, Gejala Sosial dan Pencegahan” ini ditulis dengan kesedaran bahawa isu-isu yang melibatkan remaja dari sudut psikologi dan keagamaan serta pendidikan adalah amat bersangkut-paut dengan kesedaran dalaman individu, dan kesedaran seluruh anggota masyarakat. Menyedari hakikat bahawa remaja adalah aset negara yang amat bernilai, mereka sewajarnya mendapat perhatian, bimbingan, didikan, cinta dan kasih sayang dalam konteks yang global dan universal. Perubahan daripada alam remaja kepada alam dewasa merupakan satu masa yang amat penting. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dalam diri remaja telah menyebabkan pelbagai gejala sosial bermula. Oleh itu, memahami diri sebenar remaja adalah penting bagi mengetahui sebab-musabab mereka terlibat dengan gejala sosial ini. Faktor personaliti dan faktor perkembangan mempengaruhi tingkah laku seseorang individu itu. Mencari punca-punca gejala sosial dari akar umbi, adalah satu usaha mulia supaya usaha-usaha pencegahan dapat dijalankan agar para remaja yang masih suci, baik dan berfikiran matang boleh dilindungi dan diselamatkan daripada hanyut dalam arus pasca modenisasi yang terlalu mencabar dan penuh dengan godaan duniawi. Usaha-usaha pencegahan yang telah difikirkan secara mendalam oleh ahli-ahli akademik dan para pengamal ilmu Psikologi dan Pendidikan bukan hanya bertujuan untuk melindungi dan menyelamatkan para remaja yang masih baik keadaannya dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ia juga melibatkan usaha-usaha pencegahan bagi menyelamatkan para remaja yang telah rosak dimamah oleh gejala sosial yang melingkari hidup mereka. Selagi mana hayat di kandung badan, masih lagi ada sinar kehidupan yang baik bagi mereka yang mahu sedar, insaf, taubat dan kembali ke pangkal jalan.