Amalan penggunaan lughat al-fasl (ل غةُ اَلف صْ لَ ) dalam kalangan guru pelatih j-qaf

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih menggunakan bahasa Arab ketika mengajar dan meninjau tentang amalan penggunaan Lughat al-Faṣl ل غةُ اَل فصْ لَ semasa Pengajaran Bahasa Arab. Responden yang dipilih adalah 50 orang guru pelatih DPLI j-QAF ambilan 2013 di IPG Kampu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Ziyad bin Mukhtar, Saini Ag. Damit
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30078/2/Amalan%20penggunaan%20lughat%20al-fasl%20%28%D9%84%20%D8%BA%D8%A9%D9%8F%20%D8%A7%D9%8E%D9%84%D9%81%20%D8%B5%D9%92%20%D9%84%D9%8E%20%29%20dalam%20kalangan%20guru%20pelatih%20j-qaf.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30078/3/Amalan%20penggunaan%20lughat%20al-fasl%20%28%D9%84%20%D8%BA%D8%A9%D9%8F%20%D8%A7%D9%8E%D9%84%D9%81%20%D8%B5%D9%92%20%D9%84%D9%8E%20%29%20dalam%20kalangan%20guru%20pelatih%20j-qaf-%20Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30078/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih menggunakan bahasa Arab ketika mengajar dan meninjau tentang amalan penggunaan Lughat al-Faṣl ل غةُ اَل فصْ لَ semasa Pengajaran Bahasa Arab. Responden yang dipilih adalah 50 orang guru pelatih DPLI j-QAF ambilan 2013 di IPG Kampus Pendidikan Islam yang sedang mengikuti latihan mengajar (praktikum). Satu set soal selidik diedar kepada responden yang mengandungi dua konstruk utama untuk dikaji iaitu kesediaan guru menggunakan bahasa Arab dalam pengajaran dan aplikasi Lughat al-Faṣl dalam PdP Bahasa Arab. Data yang diperolehi diproses menggunakan SPSS untuk mendapat dapatan soal selidik yang betul dan tepat. Selain itu, mereka juga diminta untuk memberikan cadangan yang relevan dalam meningkatkan penguasaan pertuturan bahasa Arab. Dari segi kesediaan menggunakan bahasa Arab dalam pengajaran, dapatan kajian menunjukkan 90% guru pelatih mengetahui bahawa mereka perlu menggunakan bahasa Arab dalam pengajaran dan 44 orang (88%) telahpun menggunakannya dalam PdP. Mereka juga telah mendapat bimbingan yang cukup dari kalangan pensyarah walaupun ada segelintir kecil yang merasa agak tertekan bila menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya ketika pengajaran. Dari aspek aplikasinya pula, didapati hampir keseluruhan responden sentiasa berusaha meningkatkan penguasaan Lughat al-Faṣl dengan pelbagai cara kerana tahu implikasinya terhadap pengajaran. Tempoh kurang daripada tiga bulan diambil untuk memperkenalkan Lughat al-Faṣl dengan purata 3-5 ungkapan baru dalam masa sebulan. Apabila murid kurang memahami Lughat al-Faṣl, guru pelatih akan menggunakan kaedah lakonan serta mengulangkannya berkali-kali berserta aksi. Hasil dapatan daripada soal selidik ini boleh digunakan untuk menambahbaik kualiti PdP guru-guru Bahasa Arab khususnya ketika latihan mengajar (praktikum).