Faktor penggunaan mod pengangkutan: suatu sorotan literatur
Pengangkutan merupakan salah satu komponen penting yang menjadi keperluan mobiliti setiap individu. Satu sistem pengangkutan yang baik menawarkan perkhidmatan yang mampu memenuhi kehendak pengguna pengangkutan. Pemilihan penggunaan mod pengangkutan dalam kalangan pengguna ini dipengaruhi oleh bebera...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Proceedings |
Language: | English English |
Published: |
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30257/1/Faktor%20penggunaan%20mod%20pengangkutan%2C%20suatu%20sorotan%20literatur-Abstract.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30257/2/Faktor%20Penggunaan%20Mod%20Pengangkutan%2C%20Suatu%20Sorotan%20Literatur.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30257/ https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Pengangkutan merupakan salah satu komponen penting yang menjadi keperluan mobiliti setiap individu. Satu sistem pengangkutan yang baik menawarkan perkhidmatan yang mampu memenuhi kehendak pengguna pengangkutan. Pemilihan penggunaan mod pengangkutan dalam kalangan pengguna ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Oleh itu, konsep mod pengangkutan dan faktor-faktor penggunaan mod pengangkutan diteliti melalui analisis literatur. Penulisan kertas kerja ini adalah untuk melihat konsep pengangkutan dari sudut geografi pengangkutan dan menyorot faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan mod pengangkutan dalam kalangan pengguna. Faktor-faktor ini diperoleh daripada kajian sarjana dan penyelidik lepas yang membolehkan satu kerangka konseptual dihasilkan. Faktor penggunaan mod pengangkutan terbahagi kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman adalah faktor yang dikawal oleh polisi dan agensi kerajaan seperti faktor harga dan tambang, kualiti perkhidmatan, jumlah perkhidmatan, pemasaran, kemudahan dan teknologi yang mana merupakan strategi secara langsung untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi sesuatu pengangkutan. Faktor luaran pula melibatkan ruangan yang lebih besar seperti demografi dan ekonomi seperti faktor sosioekonomi, ruang, akses kepada kenderaan persendirian dan kewangan. Interaksi faktor ini akan mempengaruhi pemilihan mod pengangkutan pengguna untuk mencapai tahap ketersampaian yang baik dalam melakukan pergerakan ke sesuatu tempat. Justeru, penulisan kertas kerja ini membolehkan satu unjuran kerangka konseptual faktor penggunaan mod pengangkutan dihasilkan untuk kajian akan datang dan panduan untuk pihak-pihak berkepentingan. |
---|