Interpretasi makna hidangan makanan dalam setiap pelaksanaan tingkat adat perkahwinan etnik Tidung di Pulau Sebatik

Makanan adalah merupakan suatu elemen yang dipersepsikan sebagai amat kaya dengan perlambangan yang bertindak dalam sesuatu adat atau tradisi bagi sesebuah masyarakat. Perkara ini dinyatakan sedemikian kerana makanan secara amnya dipercayai berfungsi untuk menandakan sistem kepercayaan, amalan agama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Adila Samuri, Norhuda Salleh
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30297/1/Interpretasi%20makna%20hidangan%20makanan%20dalam%20setiap%20pelaksanaan%20tingkat%20adat%20perkahwinan%20etnik%20Tidung%20di%20Pulau%20Sebatik-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30297/2/Interpretasi%20Makna%20Hidangan%20Makanan%20dalam%20Setiap%20Pelaksanaan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30297/
https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Makanan adalah merupakan suatu elemen yang dipersepsikan sebagai amat kaya dengan perlambangan yang bertindak dalam sesuatu adat atau tradisi bagi sesebuah masyarakat. Perkara ini dinyatakan sedemikian kerana makanan secara amnya dipercayai berfungsi untuk menandakan sistem kepercayaan, amalan agama dan idelogi yang rumit tanpa dibatasi oleh bilangan populasi masyarakat yang dirujuk serta tidak dibatasi oleh persempadanan yang wujud. Sehubungan itu, pengimplementasian makanan sebagai perlambangan dalam etnik Tidung yang mana dirujuk sebagai etnik di persempadanan dilihat turut mempunyai pengaruh dalam menyampaikan makna secara bukan lisan. Oleh hal yang demikian, kertas kerja ini berhasrat untuk menganalisis interpretasi makna makanan yang dihidangkan dalam setiap pelaksanaan tingkat adat perkahwinan etnik Tidung di Pulau Sebatik Sabah. Kajian menggunakan pendekatan etnografi dengan pengkaji turut serta dalam setiap tingkat adat yang dilaksanakan. Data diperoleh melalui temu bual mendalam bersama informan utama, mak andam dan pengamal adat. Akhirnya, hasil kajian mendapati hidangan makanan yang dihidangkan dalam setiap pelaksanaan tingkat adat perkahwinan etnik Tidung di Pulau Sebatik ini mempunyai makna yang tersendiri seperti makna yang berunsurkan kebahagiaan kehidupan, hormat-menghormati dan juga ikatan keakraban sesebuah perhubungan.