Karya seni visual pelukis generasi muda di Malaysia dalam konteks fenomena sosial-budaya

Kewujudan sesebuah karya seni visual memiliki kaitan secara langsung dengan situasi masyarakat dan kebudayaan di mana ianya dihasilkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji karya-karya seni visual dari pelukis generasi muda di Malaysia dalam konteks fenomena sosial-budaya dalam usaha untuk mencapai t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Issarezal Ismail, Humin Jusilin
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30304/1/Karya%20seni%20visual%20pelukis%20generasi%20muda%20di%20Malaysia%20dalam%20konteks%20fenomena%20sosial-budaya-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30304/2/Karya%20Seni%20Visual%20Pelukis%20Generasi%20Muda%20di%20Malaysia%20dalam%20Konteks.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30304/
https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kewujudan sesebuah karya seni visual memiliki kaitan secara langsung dengan situasi masyarakat dan kebudayaan di mana ianya dihasilkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji karya-karya seni visual dari pelukis generasi muda di Malaysia dalam konteks fenomena sosial-budaya dalam usaha untuk mencapai tiga objektif iaitu; (1) menjelaskan fenomena sosial-budaya yang menjadi latar tematik ketika karya seni visual itu diciptakan; (2) menganalisis struktur formalistik dari karya seni visual tersebut, dan; (3) menginterpretasikan makna dari tanda dan simbol yang lahir dari karya seni itu. Pendekatan kualitatif yang menekankan pada sistem penjelasan yang bersifat deskriptif, holistik, terperinci dan mendalam digunakan sekaligus dihubungkan melalui cara pandang kritik seni yang berfungsi sebagai perangkat analisis, baik sebagai cara menganalisis bentuk mahu pun menginterpretasikan makna simbolik dari kehadiran simbol yang diambil dari pelbagai sumber data seperti karya seni visual, dokumen dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelbagai fenomena sosial-budaya yang sudah dan sedang terjadi telah mencetuskan kepelbagaian konsep atau tema pengkaryaan yang diekspresikan kembali melalui penerapan simbol-simbol ke dalam beberapa bentuk, jenis, pendekatan dan gaya berkarya seni visual.