Burung sebagai subjek reka corak Ukkil motif senjata tradisional Bajau Sama: satu pemerhatian umum

Nilai reka corak motif ukiran kayu yang dihasilkan oleh pandai kraf Bajau Sama di Kota Belud merupakan satu keunikan yang terdapat pada rumpun Bajau di negeri Sabah. Kajian ini membincangkan nilai reka corak yang terdapat pada ukkil motif ukiran kayu Bajau yang bersubjekkan burung atau hidupan di ud...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammed Iqbal Badaruddin, Simon Soon, Luqman Lee, Zaimie Sahibil, Mohd Shahrul Hisham Ahmad Tarmizi
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Faculty of Creative Technology and Heritage, UMK Bachok Campus 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30370/1/Burung%20sebagai%20subjek%20reka%20corak%20Ukkil%20Motif%20Senjata%20Tradisional%20Bajau%20Sama%20ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30370/3/Nilai%20reka%20corak%20mBurung%20sebagai%20subjek%20reka%20corak%20Ukkil%20Motif%20Senjata%20Tradisional%20Bajau%20Sama_%20satu%20pemerhatian%20umum.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30370/
http://journal.umk.edu.my/index.php/teniat/article/view/288
https://doi.org/10.47252/teniat.v8i1.288
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: Malay
Malay
Description
Summary:Nilai reka corak motif ukiran kayu yang dihasilkan oleh pandai kraf Bajau Sama di Kota Belud merupakan satu keunikan yang terdapat pada rumpun Bajau di negeri Sabah. Kajian ini membincangkan nilai reka corak yang terdapat pada ukkil motif ukiran kayu Bajau yang bersubjekkan burung atau hidupan di udara sebagai sumber inspirasi. Subjek burung diapresiasikan sebagai reka corak motif ukiran kayu pada senjata tradisional Bajau Sama. Contohnya burung Pimping, ayam (manuk) dan naga. Kajian ini dapat memahami nilai apresiasi panday kahuy Bajau terhadap reka corak ukkil motif bersubjekkan burung dan hubung-kaitnya dengan nilai budaya masyarakat Bajau Sama di Kota Belud. Kajian ini melibatkan proses pengumpulan data primer dan data sekunder. Proses pengumpulan data primer melibatkan temubual bersama adiguru panday kahuy Bajau dan pemerhatian secara langsung terhadap motif ukiran yang dihasilkan. Manakala, pengumpulan data sekunder adalah melalui jurnal dan buku ilmiah berkaitan dengan seni ukiran di alam Melayu. Penulis merujuk teori prinsip seni kraf tradisional Melayu dan kaedah Semantic Differential sebagai proses membuat analisa terhadap motif ukiran kayu. Pemerhatian ini diharap dapat memberi satu pemahaman umum memandangkan kurangnya dokumentasi terhadap makna interpretasi seni ukiran kayu Bajau Sama terutamanya subjek burung.