Pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu, Sabah

Kota Kinabalu merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Sabah. Bandaraya ini turut menjadi destinasi permulaan bagi kebanyakan ruang keliaran pelancongan di negeri ini. Oleh itu, kajian ini adalah berkaitan pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu. Terdapat t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Johan Johnes, Jabil Mapjabil
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30410/1/Pola%20ruang%20keliaran%20pelancongan%20kembara%20di%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah%20ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30410/2/Pola%20ruang%20keliaran%20pelancongan%20kembara%20di%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah%20FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30410/
http://www.jthem.com/PDF/JTHEM-2020-21-12-16.pdf
https://doi.org/10/35631/JTHEM.5210015
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: Malay
Malay
Description
Summary:Kota Kinabalu merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Sabah. Bandaraya ini turut menjadi destinasi permulaan bagi kebanyakan ruang keliaran pelancongan di negeri ini. Oleh itu, kajian ini adalah berkaitan pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu. Terdapat tiga objektif yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu (i) mengenal pasti perancangan perjalanan kembara responden, (ii) meneliti pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu dan (iii) meneliti pola ruang keliaran pelancongan kembara di luar Kota Kinabalu. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan tinjauan dengan mengaplikasikan kaedah kuantitatif sebagai kaedah penyelidikan. Seramai 228 orang responden yang merupakan pelancong kembara di Kota Kinabalu telah menjawab soal selidik dalam kajian ini. Analisis data yang digunakan adalah dengan menggunakan perisian GIS. Dapatan kajian mendapati bahawa ruang keliaran pelancong kembara di Kota Kinabalu adalah terhad dan banyak dipengaruhi oleh destinasi popular yang dikunjungi oleh pelancong massa yang datang ke daerah ini. Secara ringkasnya, pelancongan kembara mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang dan menjadi salah satu jenis pelancongan yang menjadi identiti bagi sektor pelancongan di Kota Kinabalu. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkaitan haruslah meningkatkan usaha untuk mempromosikan pelancongan kembara di Kota Kinabalu ke peringkat antarabangsa.