Kajian ke atas kualiti hidup pesara: analisis sorotan sistematik

Kualiti hidup mempunyai konsep yang kompleks, dinamik dan dapat ditentukan melalui beberapa komponen berbeza. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti apakah aspek yang dapat mempengaruhi kualiti hidup terutamanya pesara. Ia dilakukan dengan menggunakan kajian literatur secara sistematik....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Amirah Saliha Godfrey, Dzurizah Ibrahim
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30415/1/Kajian%20ke%20atas%20kualiti%20hidup%20pesara.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30415/2/Kajian%20ke%20atas%20kualiti%20hidup%20pesara1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30415/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/3250
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kualiti hidup mempunyai konsep yang kompleks, dinamik dan dapat ditentukan melalui beberapa komponen berbeza. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti apakah aspek yang dapat mempengaruhi kualiti hidup terutamanya pesara. Ia dilakukan dengan menggunakan kajian literatur secara sistematik. Kajian ini dijalankan dengan meneliti sebanyak enam artikel terpilih yang diperoleh dari pangkalan data Science Direct. Artikel yang dirujuk adalah artikel yang telah diterbitkan antara tahun 2011 sehingga tahun 2021. Pemilihan artikel adalah berdasarkan ciri-ciri inclusion dan exclusion yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Artikel tersebut kemudiannya dikaji dan dikelaskan mengikut beberapa tema yang dihasilkan selepas penelitian dilakukan. Hasil daripada analisis kajian mendapati bahwa terdapat tiga tema yang dapat diketengahkan. Tema pertama ialah kualiti hidup pesara dipengaruhi oleh penyertaan sosial dan sokongan sosial, tema kedua ialah pengaruh kesihatan fizikal dan mental/ psikologi ke atas kualiti hidup, dan tema yang ketiga ialah pengaruh ekonomi dan suasana tempat tinggal ke atas kualiti hidup. Hampir semua artikel yang dikaji adalah berdasarkan kajian kuantitatif dan merupakan kajian dari luar negara. Akhir sekali, hasil daripada kajian tersebut dapat menerangkan bahawa hubungan sosial, kesihatan mental dan fizikal serta kewangan yang stabil boleh mempengaruhi kualiti hidup pesara.