Subteks dan kejayaan naratif filem: analisis filem The Journey (2014)

Filem The Journey (2014) oleh Chiu Keng Guan telah memperoleh kutipan box-office sebanyak RM17.17 juta (Hasan Mutalib, 2014). Filem tersebut juga telah diiktiraf sebagai salah sebuah filem Malaysia bergenre drama yang berjaya mendapat sambutan baik di pawagam. Sejak itu, pelbagai pendapat telah dike...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Auni Ismail, Zairul Anuar Md. Dawam, Sim, Chee Cheang
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30592/1/Subteks%20dan%20kejayaan%20naratif%20filem.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30592/2/Subteks%20dan%20kejayaan%20naratif%20filem1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30592/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/1053
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Filem The Journey (2014) oleh Chiu Keng Guan telah memperoleh kutipan box-office sebanyak RM17.17 juta (Hasan Mutalib, 2014). Filem tersebut juga telah diiktiraf sebagai salah sebuah filem Malaysia bergenre drama yang berjaya mendapat sambutan baik di pawagam. Sejak itu, pelbagai pendapat telah dikemukakan bagi melihat faktorfaktor kejayaan filem Malaysia berbahasa Mandarin tersebut. Daripada aspek teknikal kepada plot dan auteurship, pelbagai aspek filem tersebut telah dikaji untuk meneliti kelebihan dan kejayaan filem ini. Artikel ini pula akan menganalisis aspek subteks atau “intranarrative” dan yang lebih terkini “metanarrative”. Subteks terma yang akan digunakan sebagai rujukan dalam artikel ini merupakan maklumat yang berkait, tetapi tidak dinyatakan dengan jelas seperti metafora yang membawa makna yang lebih mendalam tetapi tidak nyata. Ia merupakan penerokaan hal-hal tersirat yang boleh hadir melalui tema, dialog, ekspresi, suasana, konflik, tingkah laku dan simbol. Penggunaan subteks dalam filem boleh menentukan kejayaan sesebuah filem kerana ia mampu menjadi daya penarik dan meninggalkan impak kepada audiens. Walaupun filem The Journey ini mempunyai elemen teknikal seperti sinematografi yang baik, kajian ini mendapati elemen subteks dalam naratifnya merupakan aspek penting dalam meningkatkan minat audiens untuk menonton. Analisis akan membincangkan impak subteks dalam penceritaan seperti perwatakan, dialog dan tema dalam filem tersebut; seterusnya menarik minat dan respons positif daripada audiens.