Perbandingan dialek Jordan dengan Bahasa Arab standard

Jordan merupakan sebuah negara Timur Tengah yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan menjadi pilihan kepada para pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian dalam bidang berbagai. Namun begitu, antara masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah kemahiran dan pengetahuan dialek tempat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurulasyikin Muda, Hazmi Dahlan
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Secholian Publication 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30933/1/Perbandingan%20dialek%20Jordan%20dengan%20Bahasa%20Arab%20standard_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30933/2/Perbandingan%20Dialek%20Jordan%20dengan%20Bahasa%20Arab%20Standard.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30933/
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/488/353
https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i9.488
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: Malay
Malay
Description
Summary:Jordan merupakan sebuah negara Timur Tengah yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan menjadi pilihan kepada para pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian dalam bidang berbagai. Namun begitu, antara masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah kemahiran dan pengetahuan dialek tempatan yang diperlukan dalam komunikasi harian termasuk penggunaannya di institusi pengajian dan dalam kuliah mereka. Walaupun mereka telah belajar bahasa Arab di sekolah namun ianya tidak sama dengan dialek. Kajian ini ingin melihat ciri-ciri perbezaan antara dialek dan bahasa ini yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif melalui frasa-frasa dari lima buah video dari YouTube. Kelima-lima video ini merupakan video yang dihasilkan oleh Qasid Institute yang merupakan sebuah institusi pengajian bahasa Arab yang menyampaikan isi kandungan video selaras dengan hasil tinjauan pengkaji sendiri selama berada di Jordan. Kajian mendapati ciri perbezaan yang terbesar antara keduanya merangkumi perbezaan kosa kata yang merupakan ciri terpenting dalam dialek. Selain itu ciri-ciri perbezaan yang lain adalah penggabungan dua perkataan menjadi satu perkataan sahaja, penukaran baris huruf, penukaran bunyi kepada bunyi yang tidak ada dalam sistem bahasa Arab standard, pemansuhan bunyi dan juga peralihan tempat baris bagi sesuatu huruf. Terdapat juga bunyi perkataan yang sama pada keduanya namun berbeza dari konteks makna. Pemahaman berkaitan sistem dialek ini sangat penting untuk persediaan mental dan motivasi pelajar dalam kehidupan harian bermasyarakat lebih-lebih lagi untuk pelajaran mereka di Jordan. Justeru, kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran terhadap kepentingan menyediakan kursus pendedahan berkaitan dialek oleh pihak berwajib.