Penggunaan kaedah permainan, buku nombor dan lembaran kerja dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak

Menyediakan kanak-kanak untuk pendidikan matematik awal adalah penting. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian matematik awal, mengenal pasti dan membandingkan kesan tiga kaedah mengajar (permainan, buku nombor dan lembaran kerja) terhadap pencapaian matematik awal dalam ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Connie Cassy Ompok
Format: Article
Language:English
English
Published: MJSSH 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31272/1/Penggunaan%20kaedah%20permainan%2C%20buku%20nombor%20dan%20lembaran%20kerja%20dalam%20pembelajaran%20matematik%20awal%20kanak-kanak.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31272/2/Penggunaan%20kaedah%20permainan%2C%20buku%20nombor%20dan%20lembaran%20kerja%20dalam%20pembelajaran%20matematik%20awal%20kanak-kanak1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31272/
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1117/776
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1117
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Menyediakan kanak-kanak untuk pendidikan matematik awal adalah penting. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian matematik awal, mengenal pasti dan membandingkan kesan tiga kaedah mengajar (permainan, buku nombor dan lembaran kerja) terhadap pencapaian matematik awal dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di daerah Tuaran, Sabah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pencapaian Matematik Awal (UPMA) yang telah diadaptasi daripada Ginsburg dan Baroody (2003) mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Seramai 1108 orang kanak-kanak prasekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuasi eksperimen multi lokasi. Responden kajian terdiri daripada kanak-kanak prasekolah yang berumur 4+ dan 5+. 382 orang kanak-kanak mengikuti kaedah permainan, 349 orang kanak-kanak mengikuti kaedah buku nombor dan 377 orang kanak-kanak mengikuti kaedah lembaran kerja. Kanak-kanak prasekolah menduduki ujian pra, seterusnya adalah program intervensi selama 13 minggu dan diakhiri dengan ujian pasca. Statistik deskriptif dan statistik inferen (ujian-t bebas, ANOVAsatu hala dan ANCOVA) menggunakan SPSSversi-21 dengan mengambil kira markah ujian pra sebagai kovariat digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min markah yang signifikan dalam pencapaian matematik awal mengikut kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah permainan menyumbang secara signifikan terhadap pencapaian matematik awal berbanding dengan kaedah buku nombor dan lembaran kerja.