Pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah

Kertas kerja konsep ini membincangkan pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah. Beban tugas guru merujuk kepada tugasan ataupun tanggungjawab rasmi yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada guru untuk dilaksanakan sepanjang masa sama ada di dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arzizul Antin, Dg Norizah Ag Kiflee @ Dzulkifli
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Secholian Publication 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31675/1/Pengaruh%20beban%20tugas%20dan%20motivasi%20terhadap%20keefisienan%20kerja%20guru%20sekolah%20menengah%20di%20Sabah_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31675/2/Pengaruh%20beban%20tugas%20dan%20motivasi%20terhadap%20keefisienan%20kerja%20guru%20sekolah%20menengah%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31675/
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/81/72
https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i2.81
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: Malay
Malay
Description
Summary:Kertas kerja konsep ini membincangkan pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah. Beban tugas guru merujuk kepada tugasan ataupun tanggungjawab rasmi yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada guru untuk dilaksanakan sepanjang masa sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. Beban tugas guru dibahagikan kepada dua iaitu beban tugas akademik dan beban tugas bukan akademik. Motivasi guru merupakan dorongan dalam diri guru dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya. Motivasi guru dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Keefisienan kerja guru merujuk kepada cara bagaimana guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi menggunakan kaedah yang pelbagai. Beban tugas akademik dan beban tugas bukan akademik yang diberikan kepada guru akan mempengaruhi motivasi guru. Motivasi guru yang dipengaruhi oleh beban tugas ini seterusnya akan mempengaruhi keefisienan kerja guru.