Jenis-jenis seni kaligrafi Arab sebagai hiasan di masjid-masjid daerah di Sabah

Seni kaligrafi Arab atau seni khat adalah khazanah tertua di dunia yang dimiliki oleh umat Islam. Sejarah telah membuktikan perkembangannya seiring dengan perkembangan tamadun Islam yang mempunyai kedudukan tinggi dan mulia berikutan hubung kaitnya dengan ayat al-Quran. Masyarakat Islam di Sabah mas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saini Ag. Damit, Bambang Muhamad Rafadi Yusoff, Noorafini Kassim, Nor Ain Manap
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32054/1/Jenis-jenis%20seni%20kaligrafi%20Arab%20sebagai%20hiasan%20di%20masjid-masjid%20daerah%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32054/2/Jenis-jenis%20seni%20kaligrafi%20Arab%20sebagai%20hiasan%20di%20masjid-masjid%20daerah%20di%20Sabah1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32054/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/3575
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Seni kaligrafi Arab atau seni khat adalah khazanah tertua di dunia yang dimiliki oleh umat Islam. Sejarah telah membuktikan perkembangannya seiring dengan perkembangan tamadun Islam yang mempunyai kedudukan tinggi dan mulia berikutan hubung kaitnya dengan ayat al-Quran. Masyarakat Islam di Sabah masih kurang mengetahui jenisjenis seni kaligrafi Arab yang menghiasi masjid-masjid di negeri ini. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kaligrafi Arab yang menghiasi masjid-masjid daerah di Sabah. Kajian lapangan dijalankan seperti mengunjungi masjid-masjid dan mengambil gambar seni kaligrafi Arab menggunakan kamera yang kemudiannya dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Sebanyak 17 buah masjid daerah yang telah dikaji. Antara jenis-jenis kaligrafi atau khat utama yang dikenal pasti dalam masjid-masjid tersebut ialah Khat Thuluth (94.1 peratus), Khat Nasakh (5.8 peratus), Khat Dīwānī (5.8%) dan Khat Kūfī (5.8 peratus). Selain itu, terdapat juga khat tambahan seperti khat Ruq‘ah/Riq‘ah dan Khat Fārisī. Hasil kajian ini berjaya mencapai objektif yang dinyatakan dan pengetahuan jenis-jenis kaligrafi yang diperoleh dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat Islam di Sabah.