Saiz organisasi berperanan sebagai moderator antara amalan piawaian halal dan prestasi organisasi

Kajian ini ini bertujuan untuk melihat samada saiz organisasi berperanan sebagai moderator hubungan di antara amalan piawaian halal dengan prestasi organisasi. Kajian ini juga dijalankan bagi melihat perbezaan prestasi organisasi bagi kategori multinasional dan perusahaan kecil sederhana dalam kalan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hudani Md. Nawi, Puteri Hayati Megat Ahmad, Habibie Ibrahim, Baharudin Othman
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: UTM Press 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32257/1/Saiz%20organisasi%20berperanan%20sebagai%20moderator%20antara%20amalan%20piawaian%20halal%20dan%20prestasi%20organisasi_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32257/2/Saiz%20organisasi%20berperanan%20sebagai%20moderator%20antara%20amalan%20piawaian%20halal%20dan%20prestasi%20organisasi.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32257/
https://jurnalumran.utm.my/index.php/umran/article/view/412/253
https://doi.org/10.11113/umran2021.8n3.412
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: Malay
Malay
Description
Summary:Kajian ini ini bertujuan untuk melihat samada saiz organisasi berperanan sebagai moderator hubungan di antara amalan piawaian halal dengan prestasi organisasi. Kajian ini juga dijalankan bagi melihat perbezaan prestasi organisasi bagi kategori multinasional dan perusahaan kecil sederhana dalam kalangan pengusaha makanan halal di Malaysia. Sebanyak 241 organisasi melalui Jawatankuasa Halal Dalaman bagi kategori multinasional (n=69) dan perusahaan kecil sederhana (n=172) di Malaysia terlibat sebagai responden secara kaedah tinjauan keratan rentas dengan menggunakan alat kajian terpilih. Kebolehpercayaan dan dan kesahan soal selidik telah dilakukan dan nilai alpha cronbach adalah dalam lingkungan yang diterima umum (0.87 hingga 0.94). Data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21.0 Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa i) saiz organisasi berperanan sebagai moderator antara hubungan amalan piawaian halal bagi dimensi operasi halal dan prestasi organisasi; ii) wujudnya perbezaan yang signifikan prestasi organisasi bagi kategori multinasional dan perusahaan kecil sederhana. Kajian mendapati bahawa prestasi organisasi dipengaruhi oleh satu rantaian yang berhubung kait antara satu sama lain bermula daripada input, kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk proses dan akhirnya menghasilkan pencapaian yang turut disokong oleh kawalan dalaman organisasi. Sesungguhnya aspek amalan piawaian halal perlu diberi perhatian oleh semua pihak dalam menjadikan Malaysia sebagai hab halal terus kekal di pesada antarabangsa. Pada masa yang sama, kajian lanjut berkaitan makanan halal juga perlu mengambilkira skop, kaedah dan responden kajian yang terlibat dalam mengembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang ini.