Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran jarak jauh dan teradun (pjjt) di kalangan prasiswazah UMS bagi kursus UL03202 marin dan pembangunan masyarakat semasa penularan pandemik covid-19

Penawaran kursus baharu yang menumpu kepada pelestarian persekitaran marin dan pembangunan masyarakat pesisir pantai di kalangan pra-siswazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah amat mustahak kerana berkait rapat dengan perubahan cuaca dan kenaikan paras laut Global. Lantas, Gugusan Ele...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kennedy Aaron Aguol
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: IPG Kampus Kent 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32413/2/Keberkesanan%20kaedah%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20jarak%20jauh%20dan%20teradun%20%28pjjt%29%20di%20kalangan%20prasiswazah%20UMS%20bagi%20kursus%20UL03202%20marin%20dan%20pembangunan%20masyarakat.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32413/1/KEBERKESANAN%20KAEDAH%20PENGAJARAN%20DAN%20PEMBELAJARAN%20JARAK%20JAUH%20DAN%20TERADUN%20%28PJJT%29%20DI%20KALANGAN%20PRASISWAZAH%20UMS%20BAGI%20KURSUS%20UL03202%20MARIN%20DAN%20PEMBANGUNAN%20MASYARAKAT%20SEMASA%20PENULARAN%20PANDEMIK%20COVID-19.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32413/
http://ipkent.edu.my/spip/dokumen/prospip21.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Penawaran kursus baharu yang menumpu kepada pelestarian persekitaran marin dan pembangunan masyarakat pesisir pantai di kalangan pra-siswazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah amat mustahak kerana berkait rapat dengan perubahan cuaca dan kenaikan paras laut Global. Lantas, Gugusan Elektif Liberal (GEL), Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mewujudkan satu kursus elektif bernama Marin dan Pembangunan Masyarakat mulai Semester I Sesi Akademik 2020/2021. Disebabkan penularan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah dilaksanakan sepenuhnya secara jarak jauh dan teradun kepada semua penuntut yang memilih kursus ini. Kaedah PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) jarak jauh dan teradun (PJJT) menggunakan pelbagai platform aplikasi dalam talian yang melibatkan penyampaian kuliah secara segerak dan tak segerak dan teknologi digital. Oleh sebab itu, menyedari landskap kebiasaan baharu Kaedah PdP kursus baharu ini berubah secara deras mengikut keperluan dan keadaan semasa, satu penulisan dilakukan khusus bagi membincangkan tentang keberkesanan Kaedah PdP secara jarak jauh dan teradun (PJJT) bagi penuntut yang mengambil Kursus UL03202 Marin dan Pembangunan Masyarakat yang baharu ditawarkan di UMS. Objektif penulisan ini adalah untuk meneliti keberkesanan Kaedah PdP Kursus baharu yang ditawarkan dan tahap kesedaran, ketersampaian serta kefahaman penuntut sepanjang PdP tersebut diadakan secara jarak jauh dan teradun (PJJT). Analisis hasil dapatan kajian akan dibincangkan berasaskan tugasan-tugasan dan penilaian dalam talian PdP yang diadakan sepanjang empat belas minggu kuliah dan melalui maklumbalas borang PK07 serta keputusan gred keseluruhan pelajar bagi peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2020/2021 Kursus UL03202 Marin dan Pembangunan Masyarakat.