Zakat, maqasid syariah dan sustainable development goals (SDGs): Kajian analisis di Institusi Zakat di Malaysia Timur
Penyucian harta, pembasmian kemiskinan dan pembangunan sosio-ekonomi adalah antara matlamat utama zakat yang sering diutarakan. Pengurusan zakat yang baik adalah pengurusan yang berteraskan matlamat dan berusaha ke arah memenuhi matlamat tersebut. Aktiviti kutipan dan agihan zakat harus bertunjangka...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Proceedings |
Language: | English English |
Published: |
Lembaga Zakat Negeri Kedah
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32424/2/Zakat%2C%20maqasid%20syariah%20dan%20sustainable%20development%20goals%20%28SDGs%29%2C%20Kajian%20analisis%20di%20Institusi%20Zakat%20di%20Malaysia%20timur.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32424/1/Zakat%2C%20Maqasid%20Syariah%20dan%20Sustainable%20Development%20Goals%20%28SDGs%29%2C%20Kajian%20Analisis%20di%20Institusi%20Zakat%20di%20Malaysia%20Timur.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32424/ https://drive.google.com/file/d/18MtF2Q9N8voswJuRxJOyc_6PxJMWkm7c/view |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Penyucian harta, pembasmian kemiskinan dan pembangunan sosio-ekonomi adalah antara matlamat utama zakat yang sering diutarakan. Pengurusan zakat yang baik adalah pengurusan yang berteraskan matlamat dan berusaha ke arah memenuhi matlamat tersebut. Aktiviti kutipan dan agihan zakat harus bertunjangkan matlamat zakat yang mampu direalisasikan menerusi implementasi pendekatan-pendekatan yang berpandukan matlamat tersebut. Kajian ini meninjau sejauh mana pengurusan, aktiviti kutipan dan agihan zakat yang dilaksanakan terangkum dengan Maqasid Syariah dan Sustainable Development Goals (SDGs). Kajian adalah bersifat kualitatif dengan menganalisis data sekunder daripada institusi zakat di Malaysia Timur. Hasil kajian mendapati kedua-dua institusi zakat di Malaysia Timur, iaitu Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Sabah dan Tabung Baitulmal Sarawak, Majlis Islam Sarawak (MIS), Sarawak adalah selaras memenuhi matlamat Maqasid Syariah, dan beberapa matlamat Sustainable Development Goals (SDGs). Usaha penambahbaikan berterusan juga amat digalakkan ke atas kedua-dua institusi zakat. |
---|