Reka bentuk, ragam hias dan komponen peralatan budaya makan sirih (selapa) etnik Bajau Sama di Kota Belud, Sabah

Tradisi makan sirih masih diamalkan oleh etnik Bajau Sama di Kata Belud. Kajian berfokus kepada peralatan budaya makan sirih yang dikenalpasti melalui aspek reka bentuk dan ragam hias yang menyimpan mesej nilai murni dalam masyarakat. Etnik Bajau Sama menggunakan istilah selapa bagi menggambarkan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dayang Nadia Mawi
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32880/1/Reka%20bentuk%2C%20ragam%20hias%20dan%20komponen%20peralatan%20budaya%20makan%20sirih%20%2Cselapa%2C%20Etnik%20Bajau%20sama%20di%20Kota%20Belud%2C%20Sabah.24PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32880/2/Reka%20bentuk%2C%20ragam%20hias%20dan%20komponen%20peralatan%20budaya%20makan%20sirih%20%2Cselapa%2C%20Etnik%20Bajau%20sama%20di%20Kota%20Belud%2C%20Sabah.FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32880/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Tradisi makan sirih masih diamalkan oleh etnik Bajau Sama di Kata Belud. Kajian berfokus kepada peralatan budaya makan sirih yang dikenalpasti melalui aspek reka bentuk dan ragam hias yang menyimpan mesej nilai murni dalam masyarakat. Etnik Bajau Sama menggunakan istilah selapa bagi menggambarkan peralatan budaya makan sirih. Umumnya, peralatan budaya makan sirih merujuk kepada selapa dan aksesori pelengkap se/apa seperti anak lapa, kelekati dan gusu. Selapa yang dilengkapi dengan ramuan sirih dipercayai mempunyai kaitan dengan falsafah kehidupan masyarakat. Pengkaji berusaha mengenalpasti peralatan budaya makan sirih dalam kalangan etnik Bajau Sama Kota Belud selain menginterpretasi elemen formalistik reka bentuk dan ragam hias peralatan budaya makan sirih. Seterusnya, pengkaji berusaha menganalisis maksud dan makna penggunaan material makan sirih dari segi adat dan budaya masyarakat Kota Belud. Data kajian diambil menggunakan kaedah kualitatif yang mana data primer didapati melalui pemerhatian, temu bual dan dokumentasi dokumen manakala data sekunder diperolehi melalui rujukan buku, jurnal dan artikel. Data kajian pula dianalisis menggunakan pendekatan Erwin Panofsky (1939) yang menekankan aspek ikonografi melalui objek primer, objek sekunder dan pemaknaan intrinsik. Analisis terhadap peralatan budaya dipaparkan melalui konsep visualisasi yang dinyatakan melalui perlakuan makan sirih dalam kalangan etnik Bajau Sama di Kata Belud. Pengkaji mendapati peralatan budaya makan sirih etnik Bajau Sama Kota Belud dapat dikenalpasti dari segi elemen formalistik reka bentuk dan ragam hiasnya. Peralatan budaya makan sirih menjelaskan maksud dan makna penggunaan material makan sirih dari segi adat, budaya, falsafah dan pemikiran masyarakat Kota Belud berdasarkan teori yang digunakan. Implikasi kajian adalah memberi sumbangan kepada generasi baharu dalam ilmu dan seni budaya etnik selain menjadi rekod kepada etnik suatu budaya yang akan hilang.