Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran ungkapan algebra tingkatan dua
Kesahan adalah sejauh mana instrumen mengukur apa yang hendak diukur dan kebolehpercayaan adalah keupayaan suatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan item soal selidik daripad...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay Malay |
Published: |
Secholian Publication
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32896/1/Kesahan%20dan%20kebolehpercayaan%20instrumen%20penilaian%20kendiri%20pembelajaran%20ungkapan%20algebra%20tingkatan%20dua.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32896/3/Kesahan%20dan%20kebolehpercayaan%20instrumen%20penilaian%20kendiri%20pembelajaran%20ungkapan%20algebra%20tingkatan%20dua%20ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32896/ https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1136/821 https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i11.1136 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | Malay Malay |
Summary: | Kesahan adalah sejauh mana instrumen mengukur apa yang hendak diukur dan kebolehpercayaan adalah keupayaan suatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan item soal selidik daripada kecacatan.Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik penilaian kendiri pembelajaran Ungkapan Algebra Tingkatan Dua. Soal Selidik telah disahkan melalui kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen yang melibatkan lima orang pakar dalam bidang Matematik dan dua orang pakar bidang Bahasa manakala kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 27.0. Seramai 145 orang pelajar Tingkatan Dua terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkanindeks kesahan kandungan-item (I-CVI) berkisar antara 0.800 hingga 1.000 dan indeks kesahan kandungan-skala (S-CVI / Ave) adalah 0.973. Skor nisbah kesahan kandungan (CVR) menunjukkan bahawa semua item disahkan penting oleh pakar. Muatan faktor bagi setiap item berada dalam julat 0.539 hingga 0.846, manakala keputusan analisis kebolehpercayaan adalah α=0.950. Keputusan menunjukkan instrumen mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan untuk pelajar Tingkatan Dua menilai pembelajaran Ungkapan Algebra pada domain kognitif pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Implikasi kajian iniadalah guru akan mendapat maklumat tentang pembelajaran Ungkapan Algebra pelajar secara langsung daripada instrumen yang dibina. |
---|