Faktor penghalang poligami: Kajian kes ke atas guru-guru lelaki di daerah Kinabatangan, Sabah

Poligami merupakan syariat Islam yang sering disalah ertikan oleh masyarakat. Ini menyebabkan poligami semakin menjadi dagang dalam kalangan umat Islam, bahkan mereka yang terlibat dengan poligami dipalit dengan pelbagai tuduhan liar yang menggambarkan kebuasan nafsu, kezaliman kepada wanita, pender...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saifulazry Mokhtar, Mohd Zaidi Mustafa, Kasoma Thia, Mohd Maziz al-Hadi Moharam, Habibah Artini Ramlie
Format: Article
Language:English
English
Published: MJSSH 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33015/1/Faktor%20penghalang%20poligami%2C%20Kajian%20kes%20ke%20atas%20guru-guru%20lelaki%20di%20daerah%20Kinabatangan%2C%20Sabah.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33015/4/Faktor%20Penghalang%20Poligami%2C%20Kajian%20Kes%20Ke%20Atas%20Guru-Guru%20Lelaki%20di%20Daerah%20Kinabatangan%2C%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33015/
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/487
https://doi.10.47405/mjssh.v5i9.487
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Poligami merupakan syariat Islam yang sering disalah ertikan oleh masyarakat. Ini menyebabkan poligami semakin menjadi dagang dalam kalangan umat Islam, bahkan mereka yang terlibat dengan poligami dipalit dengan pelbagai tuduhan liar yang menggambarkan kebuasan nafsu, kezaliman kepada wanita, penderaan mental kepada anak-anak, punca keruntuhan rumahtangga, pengamalan sihir dan sebagainya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pandangan guru-guru lelaki di daerah Kinabatangan, Sabah terhadap amalan berpoligami serta mengenal pasti faktor penghalang dalam mengaplikasi poligami dalam kehidupan. Seramai 64 orang guru lelaki yang dipilih berdasarkan kemampuan, minat dan pandangan kritikal kepada poligami serta kesediaan mereka untuk memberikan kerjasama sepenuhnya. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan memfokus kepada temubual dengan responden dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua faktor utama yang menjadi penghalang kepada guru-guru lelaki di daerah Kinabatagan untuk melaksanakan poligami iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman lebih mendominasi guru-guru lelaki berbanding faktor luaran. Bagi merealisasikan hasrat poligami ini, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam meyakinkan lelaki khususnya untuk berpoligami agar ia diterima baik oleh masyarakat.