Unsur kearifan tempatan dalam adat kematian masyarakat Bajau di Sabah: analisis dari perspektif hukum Islam

Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri hasil interaksi dengan pelbagai tamadun dan agama, yang bersinergi dengan berbagai unsur sinkretisme. Hasil daripada campur tangan golongan cerdik pandai tempatan yang mengadunkan antara budaya tradisi dan syariat Islam, telah mencetuskan berbagai co...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syamsul Azizul Marinsah, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Mohd Anuar Ramli
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33367/1/Unsur%20kearifan%20tempatan%20dalam%20adat%20kematian%20masyarakat%20Bajau%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33367/3/Unsur%20kearifan%20tempatan%20dalam%20adat%20kematian%20masyarakat%20Bajau%20di%20Sabah%20_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33367/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/1877/1196
https://doi.org/10.51200/manu.v0i0.1877
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: Malay
Malay
Description
Summary:Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri hasil interaksi dengan pelbagai tamadun dan agama, yang bersinergi dengan berbagai unsur sinkretisme. Hasil daripada campur tangan golongan cerdik pandai tempatan yang mengadunkan antara budaya tradisi dan syariat Islam, telah mencetuskan berbagai corak keilmuan dan kearifan tempatan. Kearifan tempatan dapat dikonsepkan sebagai pengetahuan unik yang didapati dalam sebuah masyarakat yang dikemukakan oleh masyarakat tradisional melalui pengalaman dan integrasi dengan lingkungan persekitaran. Dalam disiplin ilmu Syariah, kearifan tempatan mempunyai signifikan yang tersendiri dalam proses pembinaan hukum Islam. Pengambilkiraan kearifan tempatan ini sangat penting kerana ia mampu mempengaruhi pembinaan hukum Islam berlatarkan realiti masyarakat setempat. Justeru, objektif kajian ini cuba menganalisis kewujudan kearifan tempatan masyarakat Bajau di Sabah khususnya dalam adat kematian mereka menurut perspektif Islam. Hal ini perlu bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum adat kematian dalam Islam dengan realiti perlaksanaannya dalam masyarakat Bajau. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, dalam adat kematian Bajau di Sabah, terdapat banyak tokok tambah hasil daripada pengalaman dan pengaruh masyarakat setempat Bajau. Unsur tokok tambah ini perlu dianalisis, sama ada ia termasuk dalam ‘urf fasid kerana adanya unsur bid’ah dan khurafat ataupun ia termasuk dalam ‘urf sahih kerana pengambilkiraan kearifan tempatan tersebut tidak menjejaskan proses pembinaan hukum Islam.