Pendekatan sosiologi hukum Islam dalam kajian Usul al-Fiqh Gunaan: aplikasi terhadap budaya tradisi masyarakat Bajau Semporna

Hukum Islam merupakan panduan hidup yang dinamik lagi komprehensif. Ia mampu menyediakan formula penyelesaian yang kompeten terhadap isu-isu yang timbul dalam masyarakat Islam, sama ada melibatkan isu klasik dalam amalan tradisi masyarakat mahupun isu baharu yang lahir dampak kemajuan sains dan tekn...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syamsul Azizul Marinsah, Mohd Anuar Ramli
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Penerbit UTM 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33373/1/Pendekatan%20sosiologi%20hukum%20Islam%20dalam%20kajian%20Usul%20al-Fiqh%20Gunaan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33373/2/Pendekatan%20sosiologi%20hukum%20Islam%20dalam%20kajian%20Usul%20al-Fiqh%20Gunaan%20_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33373/
https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/297/247
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: Malay
Malay
Description
Summary:Hukum Islam merupakan panduan hidup yang dinamik lagi komprehensif. Ia mampu menyediakan formula penyelesaian yang kompeten terhadap isu-isu yang timbul dalam masyarakat Islam, sama ada melibatkan isu klasik dalam amalan tradisi masyarakat mahupun isu baharu yang lahir dampak kemajuan sains dan teknologi semasa. Objektif kajian ini cuba membincangkan tentang kaedah penyelidikan hukum Islam yang bersifat bersepadu dalam disiplin kajian Usul al-Fiqh Gunaan (Applied Principles of Islamic Jurisprudence). Ia memfokuskan metode sosiologi hukum Islam yang diguna pakai bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum Islam dengan realiti perlaksanaannya di dalam masyarakat Islam. Untuk itu, pendekatan ini akan diterapkan dalam meneliti fenomena sosial dalam kehidupan masyarakat Bajau di Semporna, Sabah khususnya dalam aspek amalan tradisi mereka, iaitu kepercayaan kepada tulah dan amalan magombo’. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, terdapat gejala sinkretisme dalam adat tradisi Bajau tersebut yang mana ia bertentangan dengan syariat Islam. Justeru, metode sosiologi hukum Islam yang diaplikasikan dapat memberikan jawapan tuntas berhubung dengan amalan yang berlaku dalam masyarakat Islam.