Kesejahteraan, kepuasan dan keberkesanan hidup komuniti Pulau Sapanggar: Perspektif komuniti pulau
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memahami indeks kesejahteraan, kepuasan dan keberkesanan hidup komuniti yang tinggal di Pulau Sapanggar. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengkaji perbezaan pemboleh ubah ini mengikut faktor demografik, iaitu jantina, generasi/umur dan status perkahwinan re...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33713/2/Kesejahteraan%2C%20kepuasan%20dan%20keberkesanan%20hidup%20komuniti%20pulau%20Sapanggar%2C%20Perspektif%20komuniti%20pulau.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33713/1/Kesejahteraan%2C%20kepuasan%20dan%20keberkesanan%20hidup%20komuniti%20pulau%20Sapanggar%2C%20Perspektif%20komuniti%20pulau.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33713/ https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/1311 https://doi.org/10.51200/manu.v0i0.1311 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memahami indeks kesejahteraan, kepuasan dan keberkesanan hidup komuniti yang tinggal di Pulau Sapanggar. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengkaji perbezaan pemboleh ubah ini mengikut faktor demografik, iaitu jantina, generasi/umur dan status perkahwinan responden kajian. Seramai 124 orang penduduk Pulau Sapanggar yang dipilih secara rawak telah terlibat dalam kajian ini. Indeks Kesejahteraan WHO-5 (The WHO-5 Well-being Index), The Satisfaction with Life Scale (SWLS) dan The Life Effectiveness Questionnaire digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan indeks kesejahteraan dan kepuasan hidup komuniti Pulau Sapanggar terletak pada tahap sederhana dan tinggi. Tahap keberkesanan hidup dilaporkan adalah tinggi dalam semua dimensi kecuali bagi dimensi kawalan emosi. Bagi dimensi kawalan emosi paling ramai di antara responden melaporkan mempunyai keupayaan kawalan yang rendah jika dibandingkan dengan dimensi keberkesanan hidup lain. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa responden perempuan Pulau Sapanggar lebih berpuas hati dengan kehidupan mereka berbanding dengan responden lelaki. Dari segi indeks kesejahteraan, laporan yang diberikan adalah tidak berbeza mengikut jantina, generasi/umur mahupun mengikut status perkahwinan responden. Bagi aspek keberkesanan hidup pula, didapati faktor umur dan status perkahwinan mempengaruhi responden dalam mempersepsikan keupayaan mereka, terutamanya bagi dimensi pengurusan masa, fleksibiliti kecerdasan, kepimpinan tugas dan inisiatif aktif. |
---|