Eksplorasi zat warna alami batik dalam konteks warna tradisi etnik di Sabah

Warna tradisi telah wujud melalui beberapa penceritaan mitos berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu dan diturunkan secara lisan. Pewarnaan alam iaitu bersumberkan alam semula jadi telah dipergiatkan dalam kalangan etnik di Sabah khususnya dalam kraf tangan. Justeru, pelbagai metode dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Erren Jossie Baeren, Humin Jusilin
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33845/1/Eksplorasi%20zat%20warna%20alami%20batik%20dalam%20konteks%20warna%20tradisi%20etnik%20di%20Sabah.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33845/2/Eksplorasi%20zat%20warna%20alami%20batik%20dalam%20konteks%20warna%20tradisi%20etnik%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33845/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2089
https://doi.org/10.51200/ejk.v0i0.2089
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Warna tradisi telah wujud melalui beberapa penceritaan mitos berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu dan diturunkan secara lisan. Pewarnaan alam iaitu bersumberkan alam semula jadi telah dipergiatkan dalam kalangan etnik di Sabah khususnya dalam kraf tangan. Justeru, pelbagai metode dan campuran bahan alam diadunkan bagi menghasilkan pelbagai warna mengikut tempat dan etnik yang mendukungnya. Objektif kajian ini tertumpu kepada eksplorasi tumbuh-tumbuhan yang berpontensi dalam penghasilan warna dalam kegiatan batik di Sabah. Dalam penyelidikan ini, eksperimentasi dilakukan secara sistematik yang melibatkan proses awal sehingga akhir untuk mendapatkan eksperimen warna. Bahan-bahan dalam eksperimen ini melibatkan tekstil, bahan alam dan bahan penguncian (pemati) warna. Eksperimen ini melalui tiga tahap, iaitu bermula dengan proses mordanting, mengekstrak bahan alam dan penguncian warna (fixing). Penyelidik seterusnya menjalankan uji kaji terhadap zat warna tumbuhan terhadap kesan warna yang terhasil pada tesktil (kain). Bahan penguncian (pemati) warna yang digunakan adalah seperti tawas (Al2SO4), tunjung (FeSO4) kapur (CaCO3), sodium silicate, daun betik dan limau nipis. Penyelidikan melalui Research and Development (R&D) diusahakan untuk membantu penyelidik dan penggiat seni agar mengetahui sejauh mana tahap kualiti warna alami dalam kajian ini dapat dijadikan produk yang berpotensi dalam bidang pewarnaan.