Aplikasi Model Analisis Proposisi Bingkai DPM dan Justifikasi Pendapat dalam Wacana di Laman Sosial dan Portal Berita

Foucault (1994) menyatakan bahawa wacana yang memuatkan konsep perlakuan lisan yang ideal berfungsi sebagai satu kaedah mempersembahkan aliran pemikiran yang boleh membantu seseorang ahli masyarakat menerapkan ideologi dan aspirasinya kepada ahli masyarakat yang lain mengikut konteks isu atau situas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syahruddin Ag Ahmad
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34019/1/Aplikasi%20Model%20Analisis%20Proposisi%20Bingkai%20DPM%20dan%20Justifikasi%20Pendapat%20dalam%20Wacana%20di%20Laman%20Sosial%20dan%20Portal%20Berita.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34019/2/Aplikasi%20Model%20Analisis%20Proposisi%20Bingkai%20DPM%20dan%20Justifikasi%20Pendapat%20dalam%20Wacana%20di%20Laman%20Sosial%20dan%20Portal%20Berita1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34019/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/154
https://doi.org/10.51200/jkob.v2i0.154
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Foucault (1994) menyatakan bahawa wacana yang memuatkan konsep perlakuan lisan yang ideal berfungsi sebagai satu kaedah mempersembahkan aliran pemikiran yang boleh membantu seseorang ahli masyarakat menerapkan ideologi dan aspirasinya kepada ahli masyarakat yang lain mengikut konteks isu atau situasi semasa dalam masyarakat tersebut. Pandangan Foucault ini dipersetujui oleh Fairclough (2003) yang menjelaskan bahawa wacana mengikut konteks boleh menggunakan bahasa ujaran (lisan) dan komunikasi tanpa ujar (bukan lisan). Malah, Fairclough dan Wodak (1997) yakin bahawa wacana wujud dalam hampir semua situasi dan tujuan. Pandangan Fairclough dan Wodak ini selaras dengan aktiviti wacana di ruangan forum akaun Facebook Pemuda UMNO Malaysia dan dua portal berita iaitu Malaysiakini.com dan Harakahdaily.net. Ketiga-tiga ruangan forum ini diuji menggunakan Model Analisis Proposisi Bingkai DPM dan Justifikasi Pendapat menggunakan pendekatan mengklasifikasikan data menggunakan deskriptor petunjuk corak dan aliran pendapat, menghuraikan proposisi bingkai diagnostic, prognostic dan motivational (DPM) dan justifikasi hujah pendapat. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat pola ideologi dan tujuan untuk bertindak terhadap sesuatu perkara dalam hampir setiap hujah pendapat yang dikemukakan oleh setiap peserta wacana di ruangan forum laman sosial dan portal berita.