Cabaran pendidikan pelajar bumiputera luar bandar di Sabah selepas merdeka

Artikel ini akan membincangkan tentang cabaran pendidikan terhadap pelajar bumiputera luar bandar di Sabah. Pada era globalisasi ini, kemajuan pendidikan menjadi salah satu asas utama dalam pembangunan negara. Pembangunan sistem pendidikan menjadi satu pelaburan yang bukan sahaja dapat menjamin kema...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sharifah Darmia Sharif Adam, Mohd Sohaimi Esa, Irma Wani Othman, Jais Abdul Hamid
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34717/1/ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34717/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34717/
https://www.researchgate.net/publication/364292550_CABARAN_PENDIDIKAN_PELAJAR_BUMIPUTERA_LUAR_BANDAR_DI_SABAH_SELEPAS_MERDEKA
https://doi.org/10.35631/IJEPC.747060
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Artikel ini akan membincangkan tentang cabaran pendidikan terhadap pelajar bumiputera luar bandar di Sabah. Pada era globalisasi ini, kemajuan pendidikan menjadi salah satu asas utama dalam pembangunan negara. Pembangunan sistem pendidikan menjadi satu pelaburan yang bukan sahaja dapat menjamin kemakmuran negara tetapi juga melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi pada masa akan datang. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan keunikan masyarakat bumiputeranya terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Di negeri ini, pembangunan dalam bidang pendidikan sentiasa mendapat perhatian pihak kerajaan, pemimpin mahupun masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun usaha pembangunan dalam bidang pendidikan ini tidaklah mudah kerana terdapat cabaran yang perlu dihadapi. Oleh itu, perbincangan dalam artikel ini difokuskan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang menjadi halangan terhadap pembangunan pendidikan pelajar bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar selepas Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963. Artikel ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif, kaedah kajian arkib dan kajian perpustakaan iaitu dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder seperti The Annual Summary Report of The Education Dept. 1962, North Borneo Annual Report 1952, akhbar, buku dan artikel untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Dapatan kajian ini menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk memperbaiki atau merangka polisi baru untuk meningkatkan lagi kemajuan pembangunan pendidikan pelajar bumiputera luar bandar di Sabah.