Pelaksanaan amali dengan minat terhadap pembelajaran sains di sekolah kurang murid daerah Kota Belud, Sabah
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara pelaksanaan amali dengan minat terhadap pembelajaran sains dalam kalangan murid Tahun Lima di sekolah rendah luar bandar kategori Sekolah Kurang Murid di daerah Kota Belud, Sabah. Kajian kuantitatif mengaplikasikan reka bentuk kaedah tinj...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Secholian Publication
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34789/1/ABSTRAK.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34789/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34789/ https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1668 https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1668 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara pelaksanaan amali dengan minat terhadap pembelajaran sains dalam kalangan murid Tahun Lima di sekolah rendah luar bandar kategori Sekolah Kurang Murid di daerah Kota Belud, Sabah. Kajian kuantitatif mengaplikasikan reka bentuk kaedah tinjauan jenis hirisan-rentas dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 195 murid sekolah rendah di Daerah Kota Belud melibatkan sembilan belas sekolah rendah kategori Sekolah Kurang Murid. Instrumen kajian terdiri daripada Soal Selidik Persepsi Minat Murid Terhadap Pembelajaran Sains dan juga Soal Selidik Pelaksanaan Aktiviti Amali. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian IBM Statistic Package for Social Science (SPSS) Versi 26.0. Hasil ujian Korelasi Pearson Product Momen menunjukkan kekuatan hubungan rendah ke sederhana (r=.288) antara pelaksanaan amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan minat terhadap pembelajaran sains. Dapatan ini mengesahkan wujud hubungan positif linear antara pelaksanaan amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan minat terhadap pembelajaran sains. Dapatan ini menunjukkan, semakin tinggi pelaksanaan amali maka semakin tinggi minat murid terhadap pembelajaran sains di Sekolah Kurang Murid luar bandar di daerah Kota Belud, Sabah. |
---|