Penerokaan pengetahuan, persepsi, dan kesan penyebaran berita palsu di ‘N.E.W.S.E.E.D’ dalam kalangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia
Fenomena berita palsu menjadi persekitaran negatif dalam perkongsian fakta atau perkara sebaliknya. Perkembangan platform komunikasi iaitu media sosial menjadi medium bagi pencipta berita palsu atau penyampai berita palsu bergiat aktif dalam kegiatan ini. Masyarakat lazimya terdedah dengan penyebara...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35050/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35050/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35050/ http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2022-29-09-49.pdf https://doi.org/10.35631/IJLGC.729046 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Fenomena berita palsu menjadi persekitaran negatif dalam perkongsian fakta atau perkara sebaliknya. Perkembangan platform komunikasi iaitu media sosial menjadi medium bagi pencipta berita palsu atau penyampai berita palsu bergiat aktif dalam kegiatan ini. Masyarakat lazimya terdedah dengan penyebaran berita palsu di dalam penggunaan media sosial sama ada ia berkaitan dalam dan luar negara. Audien seperti mahasiswa tidak terlepas dari kesan penyebaran berita palsu ini. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk menerokai pengetahuan, dan persepsi mahasiswa berkaitan penyebaran berita palsu di N.E.W.S.E.E.D, dan juga menerokai kesan penyebaran berita palsu di N.E.W.S.E.E.D kepada mahasiswa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual mendalam menggunakan protokol temubual secara berstruktur. Seramai lapan orang informan dikenalpasti melalui persampelan bertujuan dari pelbagai latar program pengajian. Maklumbalas direkodkan secara elektronik dan ditranskripsi semula oleh penyelidik. Data kajian telah dianalisis menggunakan analisis tematik melalui perisian NVIVO. Daripada analisis transkripsi data kajian, ia menunjukkan persepsi mahasiswa terhadap penyebaran berita palsu di N.E.W.S.E.E.D menunjukkan pandangan negatif dan tidak baik terhadap penyebaran berita palsu. Seterusnya, bagi kesan penyebaran berita palsu di N.E.W.S.E.E.D ialah, perubahan pola pemikiran mahasiswa. Perubahan pola pemikiran adalah menjurus kepada mudah percaya dan terpengaruh dengan berita palsu. Hasil kajian menunjukkan bahawa berita palsu membawa kesan yang tidak baik kepada mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM). |
---|