Mengkabong dalam pensejarahan

Artikel ini mengenai Mengkabong di Borneo Utara (Sabah). Nama Mengkabong sudah wujud dalam pensejarahan sebelum abad ke-19, iaitu bermula sebagai sebuah wilayah jajahan di bawah pentadbiran kerajaan Kesultanan Brunei. Pada penghujung abad ke-19, wilayah ini telah bertukar tangan kepada pentadbiran k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fatmah Sidek, Bilcher Bala
Format: Article
Language:English
English
Published: FSSK, UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35791/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35791/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35791/
https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4131
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Artikel ini mengenai Mengkabong di Borneo Utara (Sabah). Nama Mengkabong sudah wujud dalam pensejarahan sebelum abad ke-19, iaitu bermula sebagai sebuah wilayah jajahan di bawah pentadbiran kerajaan Kesultanan Brunei. Pada penghujung abad ke-19, wilayah ini telah bertukar tangan kepada pentadbiran kerajaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Hal ini menyebabkan berlaku perubahan ke atas persempadanan Sungai Mengkabong. Perubahan yang utama ialah kewujudan geran tanah Karambunai yang diasingkan daripada wilayah Mengkabong. Kesan perubahan tersebut ialah kontroversi tuntutan hak pemilikan Karambunai sehingga kini. Kajian ini akan menjelaskan perkembangan pensejarahan tentang perubahan yang berlaku dalam tempoh tiga zaman pemerintahan yang berbeza. Pendekatan kualitatif berasaskan sumber primer berbentuk manuskrip dan dokumen rasmi seperti surat wasiat Sultan Brunei (1851), geran tanah WCL No 228 (1905), surat perjanjian pajakan Brunei-SBUB (1877-1898) daripada Arkib Negeri Sabah dan Pusat Sejarah Brunei, serta dokumen mahkamah daripada koleksi persendirian. Dapatan kajian amat penting kepada usaha pembangunan bidang pensejarahan Sabah, khususnya Mengkabong dan Karambunai dari segi asal usul, perubahan pentadbiran dan kesannya.