Perkembangan Industri Minyak dan Gas Sabah (1881–1980): Penelitian Terhadap Eksplorasi di Laut China Selatan

Kajian ini memfokuskan tentang eksplorasi minyak dan gas di Laut China Selatan (LCS) dari tahun 1881 ketika British North Borneo Company (BNBC) mentadbir Borneo Utara dan terbatas sehingga pengenalan Dasar Kabotaj Negara (Malaysia) pada 1 Januari 1980. Rentetan sejarah yang menarik berkenaan eksplor...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Amy Azuan Abdullah, Yew, Meng Lai
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35801/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35801/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35801/
https://doi.org/10.21315/kajh2022.29.2.9
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan tentang eksplorasi minyak dan gas di Laut China Selatan (LCS) dari tahun 1881 ketika British North Borneo Company (BNBC) mentadbir Borneo Utara dan terbatas sehingga pengenalan Dasar Kabotaj Negara (Malaysia) pada 1 Januari 1980. Rentetan sejarah yang menarik berkenaan eksplorasi minyak dan gas Sabah perlu diamati semula khususnya setelah Petroliam Nasional Berhad atau Petronas ditubuhkan pada tahun 1974 yang membolehkan Sabah dibekalkan dengan sumber minyak dan gas yang dihasilkan dari telaga luar pantai Sabah pada tahun 1980. Kajian ini banyak bergantung kepada sumber primer dalam bentuk dokumen rasmi, laporan dan akhbar yang diperolehi dari Arkib Negeri Sabah (ANS), Malaysia. Kajian mendapati bahawa walaupun percubaan eksplorasi minyak Borneo Utara atau Sabah kemudiannya telah dilaksanakan oleh BNBC semenjak tahun 1881, kegiatan tersebut hanya diperkukuh selepas tamat tempoh pendudukan Jepun. Perkembangan ini semakin ketara apabila berlaku perubahan dalam sistem antarabangsa yang bersifat rule-based yakni pengenalan undang-undang kelautan bermula dari tahun 1950-an yang telah memberi peluang kepada British dan kerajaan Sabah, melalui pelbagai syarikat yang dilantik, untuk menjalankan eksplorasi minyak ke kawasan luar pantai di LCS. Kegiatan cari gali minyak sehingga ke kawasan LCS terbukti membuahkan hasil khususnya dalam memakmurkan ekonomi Malaysia.